koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 21 January 2014
TEROMBA RINGKAS: ADAT AKAL DAN HATI
Kok tulisan panjang adatnya akal susah menghayati
kok tulisan ringkas adatnya hati mencari, paling dinanti
kok cerita cinta adatnya hati memuja-muji bak menjamah nasi
kok cerita ilmu adatnya akal tidak menggemari bak racun diisi.
Kok susah diterima nun akal yang mati
kok sempit dipandang nun hati yang sepi.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
21/01/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment