koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 26 January 2014
DARI SUNGKAI KEMBALI KE NILAI
Kerja sekolah tak siap
empat murid telah tertangkap
yang dihukum hanya dua
dilepaskan lagi dua
atas alasan kesihatan muridnya
dikatakan hukuman itu sebagai contoh?
Sama juga apa yang aku lihat
kuperhatikan dengan mata terkulat
anakku ditegur kerana membaca komik
sedangkan di hadapan mejanya
ada murid terang-terangan membaca komik
terlepas dari pandangan dan tegurannya.
Adilkah?
Di hari pemberian bantuan awal persekolahan.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
26/01/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment