koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 20 January 2014
PANTUN SANG KEKASIH
Pohon melambai disapa bayu,
hati dibelai rindu merana;
Siang dan malam hatiku sayu,
makan tak kenyang tidur tak lena.
Di celah awan panas mengunjung,
bahang mencubit pipi berbelang;
Rindu padamu tidak berhujung,
selagi kasih kemas terpalang.
Payung kubuka berwarna merah,
harap terhindar kulit terbakar;
Demimu kasih hatiku pasrah,
rindu membelai sulit kulakar.
Semalam hujan dingin membeku,
di dalam lopak anak berudu;
Mungkinkah dikau sama denganku,
di pagi hari rindu-merindu.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
20/01/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment