koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 29 January 2014
TALIBUN BERLAGU PILU
Terbang berkawan di langit biru,
terjun ke laut menjunam laju,
mengaut ikan tajamnya kuku,
menangis ikan tidak berlagu.
Aku di sini hati celaru,
berlengeng malam tidak berbaju,
kutopangkan tangan bagai terpaku,
kemas melekat di bawah dagu.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
29/01/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment