koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 24 January 2014
BAHTERA
#Hanyut:
Hati di pelabuhan jingga
jiwa menyambut bahtera senja
kalbu mendengar semboyan nakhoda
minda melabuhkan sauh tembaga.
#Pelayaran:
Hati menongkah arus suara
jiwa berenang di lautan kata-kata
kalbu dilambung ombak bicara
minda terdampar di pantai cinta.
#Nakhoda:
Di hati bergema suka
di jiwa meraung duka
di kalbu bernafitri luka
di minda merawat lara.
Hanyut pelayaran nakhoda.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
24/01/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment