koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 26 January 2014
WARISAN
Aku termenung seorang
di atas bangku usang
merenung jauh di hujung padang
di situ anakku sedang berjuang
bersama teman berperang
bola sepak dijulang.
Terimbau aku kenangan
sewaktu di zaman persekolahan
ayahku meninggalkan pesanan
berusaha dalam setiap perjuangan
hatta di dalam sukan engkau perjuangkan
perlu ada kesungguhan.
Setiap yang engkau lakukan
mesti ada matlamat kehidupan
falsafah itu harus engkau perjuangkan
sekali melangkah berundur jangan
tewas di pertengahan jalan cuba elakkan
harus engkau teguhkan pendirian.
Kini aku pula bersemangat
setelah melihat anakku ligat
mengejar bola bercurahan keringat
semangat jitu dapat kulihat
termampat
di setiap larian berkudrat.
Akan aku wariskan pesanan.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
26/01/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment