koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 23 January 2014
SEHELAI CINTA JATUH
Petang yang berlambangkan kelam
sehelai cinta jatuh
tanahnya basah
kita masih hijau
mengetuk pintu cabar
dindingnya marah
kita jadi rapuh
ketukan hilang
menjinjing malang
desakan tumbang.
Sehelai cinta jatuh
nyata dibiarkan
menjajah mustahil
melarik senyum
mata berkaca
ketukan masih berbunyi
bukan di pintu
gemanya di tangga
mengajak pulang
ke ranting matang.
Qalam Bertinta
Klang
23012014
0311am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment