koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 29 January 2014
SYAIR SAYANG ANAKKU SAYANG (KLASIK)
Dengarlah anakku ayahanda bersyair
di malam sunyi air mata mengalir
kerana terluka di dada fakir
mengharap mengerti di jiwamu kuzahir
gelora di dada dihambat luka
kerana dirimu menuang cuka
jahitan lama terkuak kaubuka
tidurku tak lena berbantal duka
apa yang kulaku demi masa depanmu
tanganku melibas supaya kauberilmu
bukanlah nafsu beraja di kalbu
berbirat hatiku tangisan tak berlagu
kerana bagiku ilmu susah dicari
tidak dapat dikongsi untuk kauwarisi
jadikanlah diriku contoh yang beresmi
kais di waktu petang makanmu esok hari
mengertilah sayang syair yang kudendang
sakitnya tubuhmu berbirat berbelang
tidaklah sesakit cuka yang kautuang
di luka hatiku menjemput radang
jadilah seorang insan yang berguna
ponteng sekolah merokok tiada nikmatnya
memanglah seronok pelangimu berwarna
namun keseronokan datangnya dengan harga
syair yang kuzahir berhenti di sini
agar kaumengerti kiasan diberi
badanmu berbirat sakitnya kautangisi
tidaklah sebirat hatiku kaulukai.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
28/01/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment