Biarlah begini
kerana aku rasa lebih senang sebegini
berdakwah dengan caraku sendiri
berdakwah di dalam cetusan puisi-puisi berseni
yang aku garap dengan caraku tersendiri.
Selagi hayat dikandung badan aku ini
selagi Allah meminjamkan ilham di lubuk hati yang suci
akan aku terus mengabdikan diri
kepada Allah yang Maha Mengasihani.
Kerana bagiku ilhamku bisa mati
garapanku bisa mati
minda aku bisa kematian seni
dan aku juga bisa mati
tapi Allah tidak akan pernah mati
kerana Dialah Pencipta yang aku geruni
yang aku kasihi.
Mega mendung bisa berlalu pergi
angin juga bisa meretak kematian badai di sisi
namun Allah tidak akan pernah berlalu pergi
meninggalkan hamba-hambaNya dengan hanya memandang sepi
selagi kasihNya masih dilimpahi dan dikurniai
selagi itu Dia akan melindungi
hamba-hambaNya yang Dia kasihi
hamba-hambaNya yang saling ingat mengingati.
Itu semua semakin menguatkan hasrat di hati
dakwahku akan terus kulakarkan di sini
akan terus kupampangkan di sini
dalam berkarya sambil ingat mengingati
agar terleka tidak sesekali
teruskan akan aku terus lakarkan puisi-puisiku yang abadi
selagi Allah meminjamkan ilhamNya kepada diri aku ini
tanpa sesaat mindaku kematian bintang seni.
Caraku ... dakwahku.
ss/spl/pm ... 7/6/2012.
No comments:
Post a Comment