Renanglah sayang
berenanglah sebebas mana kemahuanmu
sebebas mana mahunya renanganmu
kerana kebebasan itu milikmu
kerana pintu kebebasan itu telah pun terbuka untukmu
berenanglah kamu sebebasnya di lautan rindu
mahupun bebas berenang di lautan kalbu
cuma janganlah kamu sayangku
janganlah kamu berenang di lautan cemburu
yang penuh debu dan jerebu
berbarakan api dan abu dari debuan palsu
dan berlarvakan akan ludahan hawa dari nafsumu.
Dan kini sayangku! ... ,
cubalah kamu renangi pula kolam dari takungan rinduku.
ss/spl/pm ... 29/6/2012.
No comments:
Post a Comment