Adat yang kuat bermaharajalela
Disanjung dan dipuja
Dikasihi dan dicinta
Dibelai dan juga dimanja
Yang lemah pula matinya melata
Dibiarkan sahaja sekehendaknya
Kebuluran kian melanda
Lapar dan juga dahaga
Lemah dan tiada bertenaga
Dibiarkan sahaja di bucu sarangnya
Matinya tiada terbela
Matinya tidak diratap berhiba
Sejarah berulang tidak tersangkal kejadiannya
Tetap mendatang seperti diduga
Dari empat lahirnya
Dah tinggal tiga
Dan bakal menyusul kematian yang ke dua
Si ibu muda dengan anak-anaknya
Menyusukan hanya yang dua
Yang ke tiga pula dibiarkan sahaja maut menyapa tiba.
Sedih di pangkal hiba ... kitaran hidup tetap berleluasa.
Ss/spl/pm ... 25/6/2012.
No comments:
Post a Comment