Thursday, 21 June 2012

KEJUTKAN AKU JAM SEBELAS


Kejutkan aku jam sebelas
agar anakku tidak lewat ke kelas
tak mahu dia jadi pemalas
hidup sentiasa berhias
tidak dalam keadaan berhadas
cakapnya pun berkias.

Kejutkan aku jam sebelas

jangan pula jam sepuluh
nanti belum ke kelas dah berpuluh
tak tahu nak buat apa asiknya mengeluh
katanya ... bapaknya tak menyempat
nak jumpa awek yang ke empat.

Kejutkan aku jam sebelas
bukannya jam duabelas
nanti tak sempat mengalas
perut kecilnya memulas
tanya dek cikgunya ... kenapa?
... ,
jawap dia bermuka selamba
masuk yang ini dah empat kali cikgu
anak berudu nak bertukar jadi si katak puru
saya ke tandas dulu ya cikgu!
... tak ke haru biru.

Kejutkan aku jam sebelas
kejutnya biarlah ikhlas ya! ... be.

ss/spl/pm ... 19/6/2012.

No comments:

Post a Comment