Pakai baju berbunga-bunga,
dipakai pula anak maniam;
wajah cantik tiada berguna,
kalau mulut terlebih asam.
Anak kucing berak sembelit,
terberak pula diatas cadar;
pelbagai ragam cara pembelit,
mencari mangsa separa sedar.
ss/spl/pm .. 26/6/2012.
koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
No comments:
Post a Comment