Sunday, 24 June 2012

RAHSIA PERIBADI INGIN AKU KONGSI


Setiap hari sebelum mata kupejam
apa yang aku lakukan
selain berdoa kepada Tuhan
dan berwuduk keseluruhan anggota badan
sebagai pendamping kegelapan malam
ketika jasad dan roh
bakal berpisah
dan kehidupanku berkesudahan.

Inilah rahsia terbesar
yang aku simpan sendirian
tiada siapa yang tahu
melainkan isteri
dan anak-anakku yang tersayang
rahsia yang terpendam
dan kusimpan
di dalam gobok hatiku yang paling dalam.

Ketahuilah oleh kamu
teman-teman dan rakan-rakan
akan aku bocorkan
kepada dirimu sekelian
agar dapat kamu semua jadikan pedoman
dan kalau mahu dijadikan contoh ikutan
silakanlah dan janganlah segan
ragu dan bimbang
kerana tiada sesiapa yang bisa menegahkan
untuk aku kongsikan
rahsia diriku yang paling aku sorokkan.

Beginilah
aku ringkaskan perbualan
banyak bermonolog
terkadang jauh menyimpang
rahsia terpendam akan menjadi omongan.

Yang pertama
janganlah lupa basuhkan kaki
setelah menggosok keseluruhan gigi
agar kaki tidak berdaki
bersih berseri
semuganya kembali nanti
bertemu Tuhan dengan kebersihan sejati
beraroma pudina di hati dan sanubari.

Itulah rahsia yang kupendamkan selama ini
jangan terbit pula nanti daki kebencian
di dalam hati kamu sekelian
kerana sesekali aku juga ingin melakarkan
sebuah karya yang mengenakan kalian.

Hik hik hik ... jangan ada daki ya di hati.

ss/spl/pm ... 24/6/2012.

No comments:

Post a Comment