Sebuah kucupan telah kuterima
tanda kasih oleh si dara
kucupan mesra di angin lalu
menjadi pengerat kasih dan rindu.
Kusambut dengan dapangan tangan
kerana hati sudah berkenan
tidur malam pasti termimpi
angaukan si dara bagai terjampi.
Wahai dara menjelmalah di sisi
dalam raduku pasti kunanti
bersama membelai angin dan bayu
berpimpin tangan engkau dan aku.
Berkolek berdayungan kita ke hulu
beroleng-olengan berpautan syahdu
rindu merindu getaran tercipta
kasih dan sayang berbungakan cinta.
Cinta telah bersemi semula.
ss/spl/pm ... 15/6/2012.
No comments:
Post a Comment