Cerpen bersiri bab 3
Petang itu Johan terpaksa pulang lewat ke rumah akibat kerjanya yang semakin bertambah apatah lagi masih terngiang-ngiang suara bosnya di cuping teling memarahi akan penurunan mutu kerjanya...ja m sudah menunjukkan 8.30 malam tapi kerjanya masih tidak siap lagi...fikirannya mengelamun ketika dia merehatkan dirinya sebentar sambil mencapai rokok sebatang dari poket bajunya...melayang akan kata-kata bosnya kepada dia...
“Johan! Awak ni dah kenapa ya...semenjak kebelakangan ni saya lihat mutu kerja awak semakin menurun...banyak kesalahan data dalam kemasukan invoice pelanggan...sehingga pelanggan mengadu kepada pihak atasan...kalau begini berterusan saya juga akan mendapat susah...” kata bosnya En. Hamdan kepada dia...
“Apa pun alasan awak ini bukannya kesalahan pertama...dah kerap kali...dah masuk tiga kali saya dapat panggilan orang atasan memarahi akan kesilapan awak ni...pelanggan mengugut tak mahu membuat bayaran kalau perkara ini berterusan...awak ingat kecil anak ke bayarannya...syarikat boleh jatuh rugi kalau begini...” bentak En. Hamdan lagi...
“Sekarang saya beri awak peluang untuk mempertahankan diri awak...apa alasan awak saya nak dengar sekarang!” sambung En. Hamdan lagi memberi peluang...kerana dia tahu...mesti ada sebabnya Johan jadi sebegitu...apatah lagi...Johan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan selama ini...rekod kedatangan Johan pun terbaik dari kalangan pekerja-pekerja semua...sehingga melayakkan Johan mendapat anugerah pekerja cemerlang dua tahun berturut-turut...dan diberi sijil penghargaan akan kenaikan jualan barang syarikat apabila tiada satu kesilapan pun dalam data yang dimasukkan untuk pembayaran pelanggan selama ini...inilah kali pertama Johan terpaksa mengadap En. Hamdan atas kesilapan data invoice pelanggan...
“Err...maafkan saya En. Hamdan...saya tiada sebarang alasan untuk kesalahan saya ni...memang saya cuai...dan saya sanggup menerima sebarang kemungkinan akibat kecuaian saya ini...” ujar Johan kerana sedar yang dia memang telah melakukan kesilapan yang besar...
Begitulah cara Johan dan prinsip dia...dia akan mengaku salah kalau benar dia melakukan kesilapan...dia tidak akan menegakkan benang yang basah...dia sanggup menerima hukuman atas kesilapannya...
En. Hamdan memang amat berbangga dengan prinsip diri Johan yang amat berpegang teguh kalau dia salah atau benar dan kerana itu dia melepaskan Johan dengan sekadar amaran lisan sahaja...dan Johan juga berjanji akan melaksanakan tugasnya sebaik yang mungkin...dan kerana itu dia sanggup balik lewat setiap hari bermula hari itu...untuk memastikan kerja-kerjanya yang terbaik kembali... .
‘ RING RING RING RING’
Telifon pejabatnya berbunyi...bergema yang amat...kerana tiada sesiapa lagi di dalam pejabat melainkan dirinya...berlari Johan masuk ke pejabat setelah melepaskan puntung rokok dari jarinya di hadapan pintu pejabat...kerana dia menghisap rokok di kawasan luar pejabat...
“Haloo...pejabat Syarikat Bumiputra di sini...saya Johan...boleh saya bantu anda...” jawap panggilan telifon oleh Johan penuh dedikasi...
“HALOO...ABANG KAT PEJABAT LAGI KE?...BILA NAK BALIK RUMAH...KENAPA TAK ANGKAT TELIFON BILA SAYA ‘CALL’...DAH PUKUL BERAPA SEKARANG NI...KALAU TAK NAK BALIK RUMAH LAGI...LAGI BAIK...KAN SENANG TAK PAYAH NAK SUSAH-SUSAHKAN DIRI LAGI BALIK KE RUMAH!!!...” bentak Zubaidah bertubi-tubi bila terdengar sahaja suara Johan di corong telifon...selesai sahaja cakap dia terus meletakkan ganggang begitu sahaja tanpa mahu mendengar alasan atau jawapan dari Johan...
“Haloo...haloo...haloooo...” tercengang Johan bila Zubaidah meletakkan ganggang telifon begitu sahaja tanpa mahu mendengar sebarang alasan darinya...
Bengang sungguh Johan kerana diperlakukan sebegitu oleh Zubaidah...dahlah bertubi-tubi kata-kata amarah yang diterima...ditambah lagi ugutan dari Zubaidah dan belum sempat dia menjawap...telifon telah diletak Zubaidah...terasa kecil hati sungguh dengan kelakuan Zubaidah kepadanya...
Lantas malam itu Johan mengambil keputusan untuk tidur sahaja di pejabat...untuk menenangkan dirinya sendiri...kerana dia tahu...kalau balik ke rumah pun...pasti dia dan Zubaidah akan berperang besar...baik dia tidur di pejabat sahaja...tanpa perlu menempuh keletihan pulang di dalam kesesakan lalu lintas dan tidur di dalam kelaparan...
Selepas memasukkan data invoice ke dalam komputer...dia pun keluar dari pejabat membiarkan sahaja printer berjalan sendiri untuk mengeluarkan invoices yang telah di masukkan tadi...tujuannya...warung mamak sebelah pejabat untuk mengisi perutnya yang kelaparan...bagi Johan baik dia makan sementara printer sedang mencetak sendiri...dan senang untuk dia melelapkan mata di atas kerusi pejabat nanti tanpa perlu memikirkan kelaparan nanti...
Dalam perjalanan ke kedai mamak dia ternampak sebuah Cyber Cafe yang masih dibuka dan beroperasi...dia berura-ura untuk singgah nanti selepas makan kerana di dalam pejabatnya tidak dibenarkan membuka internet kecuali hal-hal pejabat sahaja...tujuannya untuk berinteraksi bersama-sama rakan mukabuku terutamanya Murad untuk dia mengadu masaalahnya...
Selesai sahaja dia mengisi perutnya dengan roti canai dua keping dia pun bergegas ke Cyber Cafe tadi untuk membuka laman maya kesayangannya...kerana dia tahu...invoice yang dia cetak pasti belum habis cetakkannya...kalau habis pun ianya akan berhenti dengan sendirinya...
Bersambung di bab 4...
ss/spl/pm ... 1/6/2012.

No comments:
Post a Comment