Monday, 27 May 2013

AKU SEDAR SIAPA DIRIKU.


Seandainya sombong terlakar di dada
tak akan sekali-kali aku membenarkannya
bermaharajalela dan mendabik dada
tanpa memandang karya-karya sahabat maya

... itu bukanlah sifatku yang sebenarnya.

Kerana aku sedar
karyaku tidak sepantas karya sahabat-sahabat semua
masih perlu digilap setiap masa
masih perlu menerima tunjukajarnya.

Biarkanlah aku dengan sifat menundukkan dahiku 
dari aku mendongak hidung
merenung 
dan memandang langit yang tinggi.

Aku bukanlah siapa-siapa
hanya penumpang di alam maya yang fana.

ss/spl/pm ... 28/05/2013.


No comments:

Post a Comment