koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 28 May 2013
Monolog Kelainan Upaya
Mahu kamu tahu! Aku juga makhluk Tuhan. Sebaik-baik kejadian. Dalam urat kita sama mengalir darah merah. Aku tak pinta begini. Tapi aku redha dengan ketentuan-Nya. Kamu? Berapa kerap mengucapkan rasa syukur atas nikmat dan rahmat kesempurnaan yang Tuhan kurniakan atau hanya keluh kesah yang tak pernah sudah. Belajar menerima duhai yang sempurna! Jangan sesekali memandang hina pada yang kurang upaya kerana bagi-Nya bukan rupa tapi takwamu.
Ya Rabbi sempurnakan diriku dengan kekuatan.
CNM, 28/5/13, THMK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment