koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 28 May 2013
IRONINYA, BARAT DAN TIMUR
Barat dan timur itu perbezaan
sempadan garisan pertembungan
sifat perantaraan membezakan
santun dan jerkah melontar berbandingan
simpulan erat membekam peraturan
mungkar dan sukar sebuah percaturan
makna mimpi tak pernah seiringan
lontaran kesengsaran menakutkan
melakar peradaban setiap insan.
Insan tetap insan
barat dan timur jaraknya lautan
gelora terpisah dari akal tanpa kewarasan
barat dan timur hanya perbezaan
isinya bakal dibentangkan, kemudian.
#AE/28MAY2013;14:05#
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment