koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 31 May 2013
NAFSU.
Pesona apakah memburu
datang menghambat dayaku
di waktu malam berbayu
menampar kalbu
... nafasku.
Pawakakah menyeru
tanpa kemenyan berasap tepu
menyebak rayu
berkabus tebal sumbu
... sakaku.
Ahh! ... jahanam kamu
jangan cuba menduga aku
atau engkau aku jamu
ludah berkahak padu
... darahku.
Nyahlah kamu
aku tidak perlukan kamu
bercumbu
mendayu - rayu
... kerisku.
Biarkan kerisku berlumut di situ.
ss/spl/pm ... 31/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment