koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 25 May 2013
PANTUN BELIA
Hidangan dimasak si anak dara
berbilang jenis berbagai rasa
belia menjadi harapan negara
meneruskan kesinambungan warisan bangsa.
Indahnya bulan mengambang penuh
pungguk mendayu jiwa dan raga
belia kuat negara teguh
menyumbang idea serta tenaga.
Menghilir sungai menaiki rakit
rakit dari batang rembia
jasa belia bukan sedikit
menjana negara ke mercu dunia.
Mengayuh perahu menuju muara
perahu diisi penuh sarat
buktikan pada masyarakat dan negara
wawasan belia wawasan bermanafaat.
Anak penghulu memasak pengat
sedap rasanya tidak terkira
perkukuhkan tekad kuatkan semangat
Jadilah belia penunjang negara.
Qalam Bertinta
25052013
1727pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment