Saturday, 25 May 2013

ZUHUD.



Wahai aku
jangan kauikutkan nafsu
berselirat menjarah urat nadimu
belenggu akal fikirmu
merantai segala tingkahlakumu.

Wahai nafsu
aku tahu apa kehendakmu
dunia ini perlu
cuma jangan lupa akhirat juga perlu
seimbangkan perjalanan kakimu.

Wahai kakiku
melangkahlah atas duniamu
jangan kaulupa puasa itu perlu
solat dan zakat adalah kewajibanmu
sampai saat kubur pasti bertamu.

Wahai kuburku
salam serta selawat keatas nabi junjunganku
juga kepada ahli-ahli tamanmu
jadikan pula kuburku sebagai taman syurgaku
kerana aku akan menjadi tetamumu.

Sesungguhnya Allah itu Tuhanku.

ss/spl/pm ... 25/05/2013.


No comments:

Post a Comment