koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 27 May 2013
SEANDAINYA.
Seandainya aku tiada
hilang ghaib dari alam maya
menyepi tiada bicara
itu bermakna, tintaku sudah pudar warnanya
sepudar hatiku yang gelap semakin gelita
tiada maya untuk berkata-kata
apalagi gurau senda - tawa dan canda
semakin hilang nada-nadanya, beku di dada.
Seandainya ini tercipta
berikanlah aku sedikit masa untuk berbicara
menjelaskan apa yang terbuku, rasa
bahawa aku!
... aku amat menyayangi kamu semua.
Salam sejahtera, salam penuh rasa cinta.
ss/spl/pm 27/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment