koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 27 May 2013
Punya Hati
puisi
juga punya hati
hidup ikhlas memberi
hayati siratan teranyam rapi
mudahan mengenali diri.
puisi
ada cara sendiri
mengingatkan kebesaran Ilahi
walau bisu menyepi
di dadanya penuh motivasi.
puisi
yang aku kenali
mendidik merentas kreativiti
menjalin realiti dan fantasi
menyebar ilmu diyakini.
CNM, 27/5/13, THMK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment