koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 26 May 2013
Kisah Kubang
kerbau mana
yang bencikan kubang
tempat melepas gian
tempat mencari pasangan
tempat menunjuk jantan
manusia
jangan masuk kubang
tempat berselut kotor
terpalit lumpur
satu alam memandang serong
negara bukan kubang
yang tiada undang-undang
yang boleh dibuat sembarangan
menyawakan patung seperti dalang
meraih penyokong ikut berkubang
CNM, 26/5/13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment