koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 25 May 2013
SALAM SENJA.
Langit temaram di waktu senja
berlimpahan hujan di atas kepala
damai dan segar terasa minda
sejuk dan dingin menyentuh rasa.
Pelangi senja di ufuk jingga
di kala temaram masih bercahaya
membelai syahdu hatiku berkata
alangkah indah tercipta dunia.
Namun temaram hanya seketika
pelangi hilang bersama cahaya
kembali kelam gelap gelita
sendu di hati syahdu di jiwa.
Langit temaram ada cerita
membuat akal sibuk mencakna
segala di dunia hanya sementara
yang kekal hanya akhirat di sana.
Salam senja wahai dunia maya.
ss/spl/pm ... 25/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment