koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 27 May 2013
BERLARI.
Inginku berlari
lari dari dunia fana ini
lari dari belenggu sendiri
lari dari kebatilan dan kebodohan diri
lari mengikut hayunan kaki
lari yang tidak akan mungkin berhenti
lari dan terus berlarian lagi
lari mengikut lajunya langkah kakiku berlari
sehingga cungap membendung langkahku ini
lemas menyekat nafasku ini
dan akhirnya mati
terkapar di pantai yang bernama ... hati.
Mampukah aku berlarian lagi.
ss/spl/pm 27/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment