koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 19 November 2013
SEBELUM PINTU-MU KUKETUK
Langkahku terhenti pada garisan yang merentangi sempadan keberuntungan
sorak-sorai telah jauh tertinggal di belakang kenangan yang kulempar ke lurah lupa
dahan-dahan dosa kucantas dengan pedang insaf berulukan sedar
lalu kulangkahi garisan itu dengan kepercayaan yang mengundang sarat
mengatur jejak yang telah semakin kuterlupa akan langkahnya
mengheret harap setelah kepayahan kusingkir dalam rasa keputusasaan
untuk aku kembali berdiri di pagar janji-Mu tanpa ragu yang mencemar
sebelum pintu syurga-Mu kuketuk dengan tasbih zikir yang berkumandang
agar dapat aku duduk di dalamnya dengan rasa keberuntungan terpilih
terasing dari mereka yang terlupa asalnya
pun di antara mereka yang lupa pada jalan pulangnya.
Qalam Bertinta
klang
19112013
0951am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment