koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 22 July 2014
KEBENCIAN TERPENDAM
Aku berbicara berlapis ilham
di dalam karya aku mengetam
amarah sesama boleh kupendam
kuhadam
cuma bukan kepada yahudi jahanam
amarah - kelukaan, di hatiku hitam
kutaburkan garam.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
22/07/2014.
PANTUN SEBELUM RAYA
Sungguh cantik wajah berseri,
tersenyum simpul bila diusik;
Gembira rasa tidak terperi,
turun tangga sambil berbisik.
Gaji dah dapat kembunglah poket,
membeli-belah persiapan raya;
Berbaju melayu bersamping songket,
biar papa asalkan bergaya.
Pelbagai baju habis dicuba,
dibeli pula di pekan Kangar;
Puas diselak puas diraba,
si duit siling tidak terdengar.
Inilah kisah sebelum raya,
kisah selanjutnya selepas raya.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
22/07/2014.
RINDU AKAN BERTAMU
Sayu di petang minggu
hangat seakan menjamu
kerinduan di hatiku
seminggu bakal bertandang tamu
Ramadan akan berlalu
meninggalkan aku
engkau, kami dan kamu
dicumbu.
Mungkinkah akan ada waktu
bertemu lagi di rumpun kalbu.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
20/07/2014.
RISALAH BERDARAH
Kertas-kertas berterbangan
jatuh ke bumi dari pesawat angkasa
berwarna merah memberi amaran
darah-darah akan melimpah
seandainya tidak mematuhi arahan
berpindah segera atau menjadi korban
penyembelihan bunga-bunga
petaka.
Dasar zionis celaka
pengecut untuk bertentang mata.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
21/07/2014.
HIDUP BUKAN HANYA UNTUK HARI INI
Sedih?
Siapa tak sedih?
Aku ... ,
aku turut bersedih
malapetaka bertimpa
MH370
MH17
menjeruk rasa
derita
di hati pewaris mangsa,
turut juga aku
kamu
kita semua merasakannya
sebagai rakyat majmuk
berkongsi panji
negara,
namun yang hidup
harus teruskan kehidupan
jihad kita
harus kita teruskan
jangan berhenti
selagi nyawa dikandung badan
kerana ujian Allah berterusan
tiada titik perhentian
selagi bernyawa,
dan Gaza; saudaraku
saudaramu
saudara kita semua
masih di kancah perperangan
darah masih berlumuran
haruskah kita ketepikan
haruskah kita semua lupakan.
Jihad termampu
jihad ekonomi
setiap sen amat bermakna
untuk mereka
di Gaza.
Ayuh kita teruskan.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
21/07/2014.
SYAWAL DI BUMI GAZA
Letupan menggegar
sorakan bergema
bukan ria tapi derita
menimpa
Gaza di ambang Syawal.
Derita:
Pekak telinga
buta mata
putus kaki
putus tangan
nyawa.
Hilang:
Hilang anak
hilang isteri
hilang bapa
hilang ibu
keluarga, harta benda.
Syawal bakal menyapa
berita gembira
rahmat dari Pencipta
untukmu Gaza, Palestinia
hamba terpelihara
syurga menanti
di penghujung perjalanan ini.
Selawat serta salam untuk Nabi junjungan
pembawa berita bahagia.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
21/07/2014.
APA KAUHAJAT ITU KAUDAPAT
Telah kaumula sengketa
meragut akar tidak bermaya
menyimbah racun berbisa
pada luka yang terbuka.
Bebola api angkasa
kaugugurkan tidak bermata
serata muka bumi bergempita
menambahkan lagi luka.
Anak-anak tidak berdosa
kehilangan nyawa
gugur di tanah jatuhnya mereka
kausembelih sesuka rasa.
Kini gencatan senjata kaupinta!? ... .
Demi Allah Yang Maha Berkuasa
apa yang kaumula
akan kami pulangkan semula
kepada engkau celaka.
Kekuatan anjing yang terluka
amukannya akan kami jamukan pula
kepada engkau yang berbahasa
dari kami yang engkau kata.
Yahudi akan hilang dari muka dunia.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
22/07/2014.
Sunday, 20 July 2014
DIULIT BINTANG
Sahurku hilang
di sebalik kabus berembun
lewat pembaringsn
mengira kerdipan bintang
di langit leka
bersama hilangnya
kokokan ayam.
Tekakku terasa perit.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
19/07/2014.
PERNANTIAN
Dini sunyi
menyapa hati
subuh berganti
embun menanti
nescafe pucat
di atas meja
panas terasa
berbara.
Sabar di kerusi.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
19/07/2014.
UCAPANKU
Hari minggu orang ke pasar
aku berhari minggu di meja besar
orang keluar beriadah dengan keluarga
aku beriadah di anak dan kaki tangga.
Semalam hari Sabtu yang memenatkan
seharian tak minum tak makan
bukan aku tak punyai masa
tapi kan; kita di dalam bulan puasa.
Anak-anak berseri-seri muka
sampailah waktu berbuka
apa yang mereka mahu aku berikan sahaja
bukankah itu matlamatnya aku berkerja.
Poket rabak bukannya selalu
aku beli pun apa yang mereka perlu
raya dah tak lama lagi
ketupat rendang kita seligi.
Salam selamat hari raya maaf zahir batin
dari aku, Sazalee.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
20/07/2014.
Friday, 18 July 2014
NASIB SI BURUNG BESI
Burung besi terbang tinggi
terbang pergi melambai jari
terbang pulang jasad kembali
hilang nyawa dalam tragedi.
Burung besi bersayap keluli
terbang tinggi bawa insani
jatuh ke bumi terburai isi
jasad insani berkecai ngeri.
Burung besi di perjalanan suci
sudah tertulis di ketentuan Ilahi
terbang pergi tinggalkan kami
terbang tinggi tidak kembali lagi.
Burung besi kini sunyi.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
18/07/2014.
BERAJA SINGA BERSULTAN PURA
Sudah tua tak ada gigi
jalan jatuh tak kuat kaki
adat manusia lupa diri
silatulrahim terasa badi.
Kalau berpenyakit di ulu hati
sombong bertahta bagaikan daki
sepatutnya tunjukkanlah resmi ubi
semakin tua semakin berisi.
Kurang seorang lagi otai fb.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
18/07/2014.
PILU MH17
Hati terasa pilu
perasaan kian sebu
hanya sebak membungkam rasa
mengenang tragedi melanda.
Tiada kata mampu terucap
saat berita mula tersebar
tanpa sedar air mata mengalir
di saat syawal menjelang hadir.
Kepada keluarga MH17
salam takziah diucapkan
semoga tabah menghadapi ujian
reda dan percaya ketentuan Tuhan.
Salam takziah untuk warga MH17.
nukilanhati
~sue~
180714
KONSPIRASI DAJJAL
Baling batu sorok tangan
jubur terkentut bermuka selamba
sambil menyelam menelan air
tuding jari melaga kepala
kesempatan diambil situasi semasa.
Al-fatihah buatmu MH17
tangisan kami tiada bernada
kepada kamu; kami nobatkan sebagai juara bangsa
gugur kamu; kami kalungi bunga negara
terkorban kamu membuka mata dunia.
Sudah terbukti kegerunan mereka
ngauman kita menggetarkan setiap limpa
pengorbanan kamu tidak sesekali dipersia
malah akan kami jadikannya senjata
untuk merobekkan lagi ego Dajjal celaka.
Kepadamu MH17 ingatan kami warta
kehilangan kamu; kami berduka
terkorban kamu bukan alasan kami meletak senjata
kepada pemimpin negara aku menyeru kata
jangan sesekali berhenti bersuara.
Agi idup agi ngelaban
sumpah rakyat yang sanggup berkorban
rela kami usah dipersoalkan
inilah jihad untuk negara kesayangan
bersatu kami berpimpin tangan.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
18/07/2014.
TELAPAK BERDARAH
Telapak resah
menunjuk amarah
kebas tak sudah
kehilangan darah
dahulu berpurdah
kini terludah.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
18/07/2014.
Thursday, 17 July 2014
HATI YANG RETAK
Retak membawa belah
belah menanti pecah
pecah akan melimpah
melimpah tidak tertadah.
Retak mungkin dinding
dinding tidak sumbing
sumbing senyuman kambing
kambing berkorban daging.
Retak bisakah bulan
bulan di sebalik awan
awan menulis pesan
pesan agar bertahan.
Raya ini abang tak balik sayang
huhuhu. :'(
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
17/07/2014.
SELOKA BERGURAU SENDA
Bertindak mengikut arahan
siapa yang arah, akal atau nafsu?
Nasi dah jadi bubur
tambahlah beras, bolehkah menjadi nasi?
Terlajak perahu boleh berundur
kalau dah laju, masih bisakah buat pusingan U?
Kura-kura dalam perahu
hek eleh ... buat muka tak bersalah ke?
Tepuk dada tanya selera
uit! ... sendawa siapa bau kari ni?
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
17/07/2014.
PERIGI BAHASA
Kukaburkan segala bicara
terselindung halus di sebalik tinta
dan kusandarkan sebuah tanda tanya
usah terbiar tanpa diteroka.
Kukatakan kepada semua
di sebalik tinta permainan kata
di dalam seru ada makna
galilah perigi keluarkanlah bahasa.
Biar mengalir hilangkan dahaga
di pagi buta panas tiada
talinya timba sehasta cuma
mampu mencedok air telaga.
Pecahkan akal pukullah minda.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
17/07/2014.
GAZA DI HATI
Bangun pagi aku cari
bangun pagi aku perhati
bangun pagi aku amati.
Di radio - di t.v.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
17/07/2014.
Wednesday, 16 July 2014
ROSAK PROGRAM
Telah kupuja gelok ajaib
kubaca juga mentera Ali Baba
namun terbuka tidak juga
malah tertutup rapat pintunya
ada juga kubaling ke lubuk buaya
kalau tidak ke lubuk puaka
saudara bayangkanlah, ada ke dia kata lagu ni:
'The programme can't start because WAITINGFORM.DLL is missing from your computer. Try reinstalling the programme to fix this problem'
... ada ke patut
manalah ana tahu, aduhai!
"Cilaka punya penyamun, sial
kasi kacau ana punya program"
Tiga kali tu ... suis utama menendang
BROADBAND oh BEROK-BANK.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
16/07/2014.
LETIH
Aku bersuara dalam tulisan
bisu.
Aku merenung dalam renungan
buta.
Terkadang ada bicara
geliga.
Tidak kurang juga bicara
hampa.
Ingin aku jawab ... ,
ahhh! ... malas aku menjawabnya
biarkanlah sahaja
di sana
aku terus merenung.
Di dalam keletihan
aku.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
16/07/2014.
GAGAK TETAP GAGAK
Ak - ak
lagi suara gagak
bising di telinga
mencakar - mencarik
bumbung kepala.
Shuh - shuh
gempar
terbang ke pokok
bening seketika
nikmat diserap.
Ak - ak ... ,
gagak bawa geng
geng lanun gagak hitam
krek-krek-kriuk
mencakar.
Nah!
... amik-kau
batu piring terbang
"Adoi!"
busut di kepala
gagak tetap gagak
tak makan saman
masih bising.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
16/07/2014.
EMBUN YANG HAMIS
Kerana anak aku berhabis
kerana anak aku mengemis
kerana anak aku menangis
tak apalah, semoga Allah merenjis
pemikiran mereka ditumis
saat mendatangnya nanti magis
aku pun berkumis
embun tidak lagi berbau hamis.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
16/07/2014.
Tuesday, 15 July 2014
AKU MALU II
Aku malu
kepada Allah Subahanahuwataala
kepada malaikat pemegang amanah Allah
kepada kitab yang dibaca
kepada para nabi dan rasul anbia
kepada hari pembalasan, kiamat bernama
kepada qada' dan qadar juga
kononnya aku berkata mendabik dada
beriman kepada semua
sedangkan yahudi dilaknat Allah
dikiblatkan pintu rezeki.
Aku sungguh malu.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
15/07/2014.
SALAM NUZUL AL-QURAN.
AKU MALU
Ingin aku menjahit
menampung kekoyakan kain
namun perca tiada
terlopong dan terpampang
zahirnya.
Aku berbasa-basi.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
15/07/2014.
SALAM NUZUL AL-QURAN.
MELAYU
Aku tersenyum:
Pabila bayu menyapa
tergeletek dedahan pokok
menari reranting tinggi
pucuknya berdiri
namun bila bayu terhenti
dedahan pokok berdiri sepi
reranting tarinya mati
pucuk pun layu.
Lumrah kejadian
ishk ishk ishk.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
15/07/2014.
SALAM NUZUL AL-QURAN.
BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH
Kata Jurulatih:
Dalam padang bola
pemain perlu guna akal
pandai cari peluang
pandai cari ruang
kerjasama sepasukan itu perlu
bolasepak bukannya permainan individu
pertahanan harus kental
penyerang harus licik
di saat ada ruang
di situlah peluang terhidang
penyudah mestilah tajam.
Itulah saat kemenangan pasukan.
Kata Juruletih:
Dalam situasi Gaza
kita harus menggunakan akal
nak berperang tiada ruang
nak berparang tidak dibuka peluang
kerjasama dari semua itu perlu
memboikot bukannya kerja individu
pertahankan maruah agama
kita serang dengan kelicikan boikot perdana
gunakan peluang terhidang
gunakan ruang yang terbuka sekarang
boikot mencapai perpaduan.
Itulah saat yahudi takutkan.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
15/07/2014.
SALAM NUZUL AL-QURAN.
Monday, 14 July 2014
SILATULRAHIM
Ibarat air dicincang tak putus
mengalir terus-menerus
sejuk bila tubuh dijirus
segar berseri wajah, terurus.
Kalau terputus
kelat di wajah berkabus
hilang di tanah jerlus
menjauhlah syurga yang kudus.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
14/07/2014.
RENUNGAN
Assalamualaikum selamat pagi(macam kat HARI-HARI pulak).
Pernah dengar tak peribahasa ini...
'Bila tiada di mata langsung tak ingat, dah ada depan mata rindu menggila'
Ha! ... begitulah perumpamaannya yang boleh kita sama ertikan dengan ROKOK (bagi sayalah)...kalau tiada kilang, tiada import-eksport, tiada tanaman tembakau apatah lagi bila tiada cukai hasil tembakau dan knaf negara pasti kita boleh melupakan terus ROKOK tersebut.
p/s: ini pendapat sayalah ya...anda tak tahulah pula.
Renung-renungkanlah.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
14/07/2014.
SEHINGGA BERBUKA NANTI
Telah kupindah
batang demi batang
dari kotak kepada besi
tin yang sebetulnya
sebelum batang menjadi puntung
sebelum puntung tinggal abu
rentung
untuk menegah diri
mengakali diri
mengaburi nafsu naga sakti.
Kusimpan dalam laci berkunci
jauh dari jangkauan jari.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
14/07/2014.
Sunday, 13 July 2014
CENDAWAN DARI AIR MATA
Mujahidin ibarat cendawan
tumbuh selepas hujan
seandainya hari ini ditakdirkan
seorang mujahidin gugur di perbatasan
syahid kerana Islam diperjuangkan
tercabut dari akar keduniaan
hari esok akan tumbuh pengganti
bercambah tidak terperi
gandanya menjadi berkali-kali
berkekuatan akar terpasak ke bumi
bukanlah satu ilusi
bukan pula satu imaginasi
selepas tangisan - ratapan suci
terbit dari kolah hati insani
berair mata benci.
Dikau akan melihatnya wahai yahudi.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
13/07/2014.
OTAK DI LUTUT
Kalau aku tahu
tidak mengapa
ini aku tak tahu
apa dan kenapa
dan harus bagaimana
untuk aku tahu kenapa
dan apakah penyebabnya
gerangan sebegini jadinya
seumpama kepala di lutut
terbalik, sengaja aku cipta
di lakaran imej tiga-v ini.
Eh, betul ke lutut ni?
Sebagai gambaran
otak berada.
Atau mungkinkah ini gambaran perutku?
... aduhai!
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
13/07/2014.
EGO DI SEBALIK PURA
Hikayat todak mungkin sudah dilupa
sebab itu ego kembali bertahta
bermaharajalela
dalam menjatuhkan hukum sesuka jiwa
secukup rasa
tanpa bukti silatulrahim dikorbankan sebegitu sahaja.
Biarkanlah ... .
Menjadi tembok tidak berharga
bertepuk sorak pemfitnah celaka.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
13/07/2014.
GAZA:SATU KEPERCAYAAN. BUMIMU TIDAK SELAMANYA BEGINI
Gaza
langit malammu berdarah
lidah pagimu berapi
tanahmu dibasahi darah
kudup yang mula kembang
rebah di lengan kejam
udaramu menjadi saksi
akan nafas-nafas yang terhenti
melihat roh-roh yang terbang
bertemu rindu hati mereka.
Gaza
lorong-lorongmu tidak sepi
di antara desir dan dentuman
jasad-jasad berani masih menghuni
pasirmu juga tidak pernah kering
keringat jihad mengalir ke setiap muara buminya
berkumpul menjadi gelombang
untuk kembali membadai
menghentam keangkuhan
satu bangsa yang sombong dan hina.
Gaza
Di antara percikan api
semangat penghunimu tak pernah mati
bumimu bumi anbia
ada janji yang Dia beri
juga ada kemenangan yang pasti
biar malam-malammu nanti
ada tenang di dalamnya
dan di lidah pagimu
ada angin kemenangan yang menyapa.
Qalam Bertinta
Klang
1307213
1123am
lorong-lorongmu tidak sepi
di antara desir dan dentuman
jasad-jasad berani masih menghuni
pasirmu juga tidak pernah kering
keringat jihad mengalir ke setiap muara buminya
berkumpul menjadi gelombang
untuk kembali membadai
menghentam keangkuhan
satu bangsa yang sombong dan hina.
Gaza
Di antara percikan api
semangat penghunimu tak pernah mati
bumimu bumi anbia
ada janji yang Dia beri
juga ada kemenangan yang pasti
biar malam-malammu nanti
ada tenang di dalamnya
dan di lidah pagimu
ada angin kemenangan yang menyapa.
Qalam Bertinta
Klang
1307213
1123am
BUIH-BUIH KASIH UNTUKMU GAZA
Langit indah
awan cantik
bak bebuih air
di lautan
menghembur pepasiran pantai
bersama deruan ombak
menyentuh hati.
Bagaimana pula langitmu di sana saudaraku?
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
13/07/2014.
RETORIK
Bersatu hati hanya retorik karut
cakap-cakap mulut
manis hanya bila disebut
senak pula di perut
mengarut
pada gambar yang aku larut
tidak bersahut tidak pula bersambut.
Itukah namanya bersatu hati yang kita sebut?
Mengarut.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
12/07/2014.
Saturday, 12 July 2014
SALAM PUJANGGA
Pada angin
bicara deru
pada pohon
bicara ranting
pada tanah
bicara budi
pada air
bicara alir
pada mentari
bicara haba
sampaikan salamku
kepada semua.
Semoga kita bersua lagi
insya-Allah.
Assalamualaikum.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
12/07/2014.
NAKAL SI ANAK TEKAK
Terkasima akan karya berisi Tokbatin Sham sehingga terpanggil untuk bersama di dalam karya beliau. Terbaik Tok.
Brooom brooom prak
apa dah jadi?
Dari tekak terkeluar berak
... kahak.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
12/07/2014.
Brooom brooom prak
apa dah jadi?
Dari tekak terkeluar berak
... kahak.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
12/07/2014.
GAZA HANYALAH ANAK-ANAK TANGGA
Hati terkadang mati
kerana itu hati dikaburi jasad
tidak bermata, buta
tidak dapat melihat untuk merasai
teraba-raba dan tidak akan terjumpa
kesedihan dan kedukaan
walaupun jelas dihamparkan
dalam tinta berdarah
karya bertangga.
Hati terkadang sengaja dibutakan
bukan tidak peka
tetapi tidak rela bersama, merasai
kesedihan dan kedukaan orang lain
selain darinya
kerana pada hati itu
hanya aras keasyikan dan kelekaan
di dalam melodi cinta mendayu kalbu
itulah puncak impian.
Letaklah segunung paparan
letaklah selaut gambaran
jika hati itu sudah mati
hanya menurut mata yang memang sudah buta
dan dikaburi pula cinta kepada dirinya sendiri
hati itu tidak akan pernah insaf
hati itu tidak akan dapat pernah bersama
dalam merasai kesedihan insan lain
yang dirundung petaka bertangga.
Baginya ... Gaza sekadar tempat melepaskan batuk.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
12/07/2014.
SERIGALA, UNTA DAN DUBUK MENGGILA
Serigala mengejar unta
unta pucat bertaburan gigi
lari
namun pada hakikatnya
unta lebih gagah
kekuatan tidak akan terkalah
menggugah
dari lembah ke lembah
seandainya unta terdahulu
memikirkan ummah.
Tarian gelek mengaburi mata
lembutnya pusat bergoyang menjolok jiwa
bayangan serigala tidak diterima
belum lagi menerpa
katanya si unta
dek kerana leka bernafsukan dara
di gebar malam bernuansa
di gebar siang bertenggala
akhirnya tergadai negara
di taring serigala
dan dubuk kini bermaharajalela.
Anak cicit ditinggalkan menjadi mangsa.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
12/07/2014.
PEMUDA PEMEGANG PANJI
Berikan aku
seorang sahaja pemuda
dari setiap negara
kamu, wahai
Afghanistan
Albania
Bahrain
Burkina Faso
Emiriah Arab Bersatu
Arab Saudi
Jordan
Morocco
Brunei Darussalam
Kesultanan Oman
Kuwait
Libya
Malaysia
Qatar
Republik Arab Egypt
Republik Arab Syria
Republik Azerbaijan
Republik Benin
Republik Cameroon
Republik Chad
Republik Cote d'Ivoire
Republik Demokratik Rakyat Algeria
Republik Demokratik Somalia
Republik Djibouti
Republik Gabon
Republik Gambia
Republik Guinea
Republik Guinea-Bissau - -
Republik Guyana
Republik Indonesia
Republik Islam Iran
Republik Islam Mauritania
Republik Islam Pakistan
Republik Islam Persekutuan Comoros
Republik Iraq
Republik Kazakhstan
Republik Kyrghyzistan
Republik Lubnan
Republik Maldives
Republik Mali
Republik Mozambique
Republik Niger
Republik Persekutuan Nigeria
Republik Rakyat Bangladesh
Republik Senegal
Republik Sierra Leone
Republik Sudan
Republik Surinam
Republik Tajikistan
Republik Togo
Republik Tunisia
Republik Turkey
Republik Turkmenistan
Republik Uganda
Republik Uzbekistan
Republik Yemen
akan aku kepalai mereka
di dalam perarakan panji-panji negara
di bawah panji OIC
di sempadan Palestine
berdaulat.
Kita perlihatkan kekuatan bersatu.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
12/07/2014.
BERTANYA KHABAR
Pagi dingin
pepohon berangin
beburung berlagu riang
suasana tenang.
Apakhabar engkau di sana?
Lenakah tidurmu semalam?
Apakah sahurmu tadi?
Wahai saudara seislamku di Gaza
semoga engkau di bawah perlindungan Allah.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
12/07/2014.
Friday, 11 July 2014
GAZA: DI ANTARA KUDRAT DAN IRADAT
Di suatu daerah
bunga-bunga bertaburan
kuntum-kuntumnya berdarah
malam jadi beku dan panjang
di hamparan buminya
anak-anak bermain api
yang dikirim dari tirai merah
mengusap keringat darah para syuhadah
yang terbaring di atas debu
bersama sungai merah yang pecah.
Gaza kembali memercikkan api
bulannya terbakar
tanahnya hangus
nyanyiannya dentuman
selokanya tangisan
semalam membunuh secangkir waktu
biarpun masa lampau
tidak menuakan pantai usia
kerana esok harapan pasti berlabuh
di antara segugus kudrat dan iradat-Nya
merencah keabdian satu kehidupan
juga dalam tebaran waktu yang mengharum.
Qalam Bertinta
Klang
11072014
1547pm
bulannya terbakar
tanahnya hangus
nyanyiannya dentuman
selokanya tangisan
semalam membunuh secangkir waktu
biarpun masa lampau
tidak menuakan pantai usia
kerana esok harapan pasti berlabuh
di antara segugus kudrat dan iradat-Nya
merencah keabdian satu kehidupan
juga dalam tebaran waktu yang mengharum.
Qalam Bertinta
Klang
11072014
1547pm
TANGISAN GAZA
Mutiara-mutiara jernih pun gugur
berserakan di lembah sujud
di petang Jumaat
tersemat
dendam-dendam kesumat
di hati setiap umat Muhamad
dihiris lumat.
Celakalah kamu wahai yahudi laknat.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
11/07/2014.
ZIONIS DURJANA
Memandangmu
penuh sayu
terbujur kaku
pilu
menyentuh nuraniku.
Saudara
menangis hiba
anak kecil tak berdosa
hilang nyawanya
menjadi mangsa
peluru tak bermata
rejim zionis durjana
bangsa dilaknat oleh-NYA.
Bumi anbiya
si durjana
bermaharajalela
menunjukkan kuasa
letupan di sini sana
nyawa bagaikan tak berharga
mangsanya
tak kenal siapa
kuasa besar menikus sahaja
seolah memejamkan mata
seolah kebal si zionis durjana
di manakah keadilan dunia?
ZIE
11/07/2014
menangis hiba
anak kecil tak berdosa
hilang nyawanya
menjadi mangsa
peluru tak bermata
rejim zionis durjana
bangsa dilaknat oleh-NYA.
Bumi anbiya
si durjana
bermaharajalela
menunjukkan kuasa
letupan di sini sana
nyawa bagaikan tak berharga
mangsanya
tak kenal siapa
kuasa besar menikus sahaja
seolah memejamkan mata
seolah kebal si zionis durjana
di manakah keadilan dunia?
ZIE
11/07/2014
FALSAFAH PANJI NEGARA
Kibarkan Jalur Gemilang
di bumi Palestin
dan kita lihat
permainan rejim zionis
adakah mereka akan menyombong
melanggarnya
atau tunduk
di bawah panji-panji dunia.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
11/07/2014.
PENGORBANAN SEORANG HAMBA
"Seandainya aku diizinkan dan aku bersendirian dalam misi pengaman di bumi Gaza, aku akan tetap melangkah dengan gagah berlafazkan kalimah syahadah. Dan seandainya dalam berseorangan itu aku gugur, biarlah pengorbananku ini menjadi bukti bahawa kerana Allah, kerana agama Allah, kerana insan hamba-hamba Allah itu tetap wujud di dalam jiwa merdeka"
Biar jasad tersembam tanah
kerana agama Allah
aku rela darahku tumpah.
Allahu Akhbar.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
11/07/2014.
Biar jasad tersembam tanah
kerana agama Allah
aku rela darahku tumpah.
Allahu Akhbar.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
11/07/2014.
MATA DUNIA
Wahai pemimpin
yang kami pilih
dan kami sanjung
untuk mendukung
amanat tertinggi
membela bangsa
membela nusa
membela negara
dan agama
kami berseru
aku merayu
hantarkanlah kekuatan kita
untuk menjadi pengaman antarabangsa
ke Gaza yang sedang bermandi darah
dari hujan bom yang digugurkan yahudi celaka
berteraskan semangat perpaduan
berteraskan semangat kemanusiaan
berteraskan semangat persaudaraan
berteraskan maruah seislam.
Kalau bukan kita siapa lagi
nak harapkan OIC ... ,
biarlah kita yang mulakan dahulu
dalam membuka mata mereka
mata dunia.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
10/07/2014.
Thursday, 10 July 2014
BEDUK PERANG
Beduk perang yahudi dah ketuk
adakah kita belum terbatuk
di belakang tembok menyorok
hanya tengok
menunggu kepala terhantuk.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
10/07/2014.
SURAT UNTUK PENGHULU
Wahai tok-tok penghulu
dengarkan suaraku
kenapa harus diikut telunjuk
menjadi boneka duduk
bagai lembu hidung dicucuk.
Wahai tok-tok penghulu
dengarkan pertanyaanku ini
tidakkah kamu semua tahu
Amerika dan Israel itu
sekutu dalam gebar sebulu.
Wahai tok-tok penghulu
dengarkan pertanyaanku lagi
antara militan dan yahudi jahanam
yang mana satu harus dibenam
wajib kita tanam.
Wahai tok-tok penghulu
dengarkan rayuanku
buka-lah matamu
usah dipekakkan lagi telingamu
melihat penyembelihan Islam berlaku.
Wahai tok-tok penghulu
dengarkan-lah seruanku
keraskan-lah suaramu
bangkit-lah dari penara dungu
gema suara harus kita jamu.
Wahai tok-tok penghulu
ini-lah permintaanku
tegapkan-lah pendirianmu
genggami-lah penumbukmu
bumi Palestin perlukan kamu.
Wahai tok-tok penghulu Islam bersatu.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
10/07/2014.
ANAK-ANAK YANG MENGHUNI SYURGA
Pergilah anak-anakku
ayah relakan dikau pergi
bertemu Penciptamu
dari engkau terseksa di dunia
angkara kafir dilaknat Allah
kejam menjarah.
Pergilah anak-anakku
aku tahu dikau akan aman di sana
dari raut sekuntum wajah
matimu syuhadah.
Ya Allah ... aku serah anak-anakku
kembali kepada-Mu.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
10/07/2014.
MALAPETAKA KEPADA KITA
Mereka bersorak
kita bersorak
sorakan pentas dunia
bertemasya
ria
di angkasa
di udara
bumi
ledakan mercun gempita
percik, percikan
pasukan pilihan mara
ke akhir acara, berpiala
membuai leka
buta
malapetaka di Gaza sirna
jeritan syuhada lenyap
tiada suara
tidak kedengaran
ratap dan hiba
di angkasa
di udara
bumi
letupan menggegar
serpihan merobek harta
... ,
masihkah ada harta?
Masihkah ada maruah?
Tiada pasukan pilihan di sana
nyawa Palastina jadi piala
zionis durjana
malapetaka kepada kita semua.
Ya Allah
maafkan kami yang terleka
Dikau selamatkanlah Gaza
Dikau selamatkanlah Gaza
Dikau selamatkanlah Gaza
kurniakanlah syurga
sebagai ganti darah mereka.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
10/07/2014.
Wednesday, 9 July 2014
CARI DUIT LEBIH
Kelawar tua kehilangan taring
baru jam berapa mata dah pusing
aroma bantal berbau haring
memikat sukma ingin berbaring
demi tugas kutolak damping
dapat gaji raya bersamping
anak dan isteri senyum tak sumbing
rendang di kuali berdagingkan kambing.
"Panggang pun sodap"
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
09/07/2014.
TERBANG SI BALAM
Kasihan lihat si burung balam
berterbangan waktu terang di penambang
ingatkan dapat pulang ke sarang waktu malam
rupanya dipaksa pula menyambung terbang.
Burk ... Alhamdulillah.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
09/07/2014.
ANTARA BOLA DAN GAZA
... ada tangis ada tawa
ada luka ada senda
ada celik ada buta
ada sorak ada gembira
ada raung ada gema
ada jasad ada nyawa
ada ratap ada hiba
ada mayat tiada senjata
ada anak tiada bapa
ada muda ada tua.
Di antara keduanya ada leka
setiap seorang dari kita.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
09/07/2014.
TSUNAMI
Shhh
shhhhhhhhh
suuuuur
zuuur
uur
ur
orang-orang ke tepi
ombak tinggi.
Shhh
shhhhhhhhh
suuuuur
zuuur
uur
ur
pantai dijamu tsunami
ngeri.
Shhh
shhhhhhhhh
suuuuur
zuuur
uur
ur
ombak datang lagi
jauhkan diri.
Shhh
shhhhhhhhh
suuuuur
zuuur
uur
ur
kelak dilambung mati
sepi.
Shhh
shhhhhhhhh
suuuuur
zuuur
uur
ur
nyawa tiada galang ganti.
walau mati itu pasti.
Shhh
shhhhhhhhh
suuuuur
zuuur
uur
ur
LARI, LARI
selamatkan diri sendiri.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
09/07/2014.
SERAKAH IMPERIALIS
Bahang mentari membakar kulit
mata terbuka luka mengenyit
leka mengunyah jadam yang pahit
di atas bangku batuk berdecit
serakah imperialis menjarah sulit
berlagu kapitalis di dalam rakit
gabenor menampar musnahlah bukit
gelongsor lumpur menyekat tumit
marhaen di bawah terjengket-jengket
berjalan jatuh berulang bangkit
amal ibadah bersarung kulit
takut terbuka disarungkan jeket.
Burung tekukur cantik terawet.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
09/07/2014.
DENGARKAN
Aku ingin bicara tentang rasa
pada setiap helaian daun yang gugur
mengisi alun pada genangan hari
melunjur resah dari lipatan musim
lalu mengejar angin yang lewat
tika tangkup malam menebarkan mimpinya.
Dengarkan
suara-suara itu damai yang santun
ia menyimpulkan pertemuan lapisan malam
dan cuba menyentuh langit hati yang kembang berwarna
lalu membawa cinta tujuh benua
di antara tangan kita yang bertaut mahkota kesayangan.
Dengarkan
kita tidak akan menjadi kering di sini
suara itu tidak kita kumpulkan untuk menjadi satu utopia
kita membawa setia di antara kekasih dan kekasih
dan menari menyongsong rentak angin
pun melangkah berlagu mencari harmoni
dalam sebuah mimpi agung
juga dalam kasih yang telah lama bertapak.
Qalam Bertinta
Klang
09072014
1219pm
TAZKIRAH DI DALAM HUTAN
Pohon kayu menjadi saksi
hutan belantara menjadi api
flora dan fauna menjadi benci
penggumpalan suni
nafsu wanita - berahi lelaki
yang tertinggal coli
berdaki
bertitisan air mani
dicolek ke daun keladi.
Di alurnya semut menumpang mandi.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
09/07/2014.
PROVOKASI SAMPAH
Aku peduli apa
dengan mereka yang tidak berakal
bodoh
cuba berkata-kata
tetapi menyimpang dari topik diperkatakan
inilah yang aku katakan
sombong-bodoh
tidak menggunakan akal
lebih rela menyembunyikan tangan
suka pula membuat serangan
keperibadian
di dalam status kawan,
rakan
bukannya mahu ambil ikhtibar dari kata-kata kawan
tapi mempertahankan yang jelas
menunjukkan kebodohan.
Kalau rasa diri itu di pihak yang benar
tunjukkan wajah
jangan bertopeng wajah kartun berpurdah
berpura-pura jadi ustazah
pasti kuludah
pada wajah
provokasi sampah.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
09/07/2014.
RENUNGAN
Semalam ada yang bertanya antara dosa riak kecil dan dosa tidak menutup aurat(berjilbab) mana yang lebih utama untuk kita jaga?
Kena faham ya...dosa riak kecil ini adalah yang kita tidak sedari yakni dosa kita kepada Allah dan manusia yang kita telah sakiti hati dengan menunjuk-nunjuk kelebihan kita tanpa kita sedari. Manakala dosa tidak menutup aurat pula adalah dosa kita kepada Allah dan tidak menyentuh manusia yang lainnya.
Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang sedangkan manusia susah hendak memaafkan apatah lagi mengampunkan dosa sesama manusia apatah lagi dosa riak yang kita sendiri tidak sedari.
'Ketahuilah bahawa sifat-sifat seperti hasad dengki, sombong, takbur, mengumpat, riak dan membuat fitnah adalah seburuk-buruk dan sehina-hina sifat. Sifat ini sangat-sangat dibenci oleh Allah SWT. Jika kita mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba di antara kawan, keluarga, sudah pasti akan menjadi kucar kacil dan huru hara hubungan di antara manusia. Sifat-sifat ini tidak dipandang ringan oleh agama kita Islam. Ia dikategorikan sebagai dosa-dosa besar kerana perlakuan sedemian umpama membunuh rakan atau saudara sendiri'
Firman Allah SWT dalam surah “al-Baqarah” – ayat 191 yang bermaksud:
“….. dan perbuatan fitnah itu lebih dasyat kesannya dari perbuatan membunuh …..”
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhkan buruk sangka, kerana buruk sangka itu setengah daripada dosa besar, janganlah kamu mengintai dan janganlah kamu mencerca serta mengumpat, setengah kamu akan setengah lain. Apakah kamu suka memakan daging saudara kamu yang telah mati? Nescaya kamu takut kepada Allah bahawasanya Allah itu Penerima taubat”.
(Surah “al-Hujurat: Ayat 12)
Allahua'lam.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
09/07/2014.
Tuesday, 8 July 2014
CERPEN: LAGENDA MINAH KILANG
Aku masih ingat lagi pada era awal 90an dahulu, gadis-gadis pekerja kilang amat popular diperkatakan kebanyakan jejaka baik di dalam bandar mahupun luar bandar. Kepopularan yang diselang-selikan dengan cerita yang baik mahupun yang kurang baik dijaja serata pelusuk bandar.
Kejutan budaya pada gadis-gadis minah kilang(dahulu mereka digelar minah kilang) yang baru berhijrah ke kota dari kampung-kampung amat hebat sekali. Almaklum-lah diibaratkan kambing terlepas kandang mereka ini mudah terjerat dengan masalah sosial. Tiada siapa yang memerhatikan pergerakan mereka menjadikan mereka terlalu bebas di dalam perhubungan yang dikatakan tanpa batasan.
Tidak semua minah kilang ini yang terjebak di dalam kancah masalah sosial. Ada juga minah kilang ini yang amat menjaga tingkah laku mereka. Kehidupan mereka pergi kerja naik bas kilang dan balik kerja juga naik bas kilang. Cukup bulan terima gaji dan hantar sedikit kepada ke dua ibu-bapa mereka.
Yang terjebak pula berlainan ceritanya. Pagi pergi kerja naik bas kilang, balik pula membontot motor mana-mana jejaka yang sudi membawa mereka berjalan-jalan, pusing-pusing bandar. Pergi kerja jam enam pagi balik kerja pula jam satu atau dua pagi selepas kenyang dijamu selera.
Cuti di hari minggu tidak pernah melekat di rumah. Ada sahaja aktiviti mingguannya. Ke pantai PD-lah, ke Genting-lah dan ada juga yang berkelah di taman-taman rimba seperti Taman Rimba Templer. Termasuklah dengan aku sekali terbabit. Motorku jadi tempatnya buah hatiku si minah kilang bontotkan.
Di sini bermula kisahnya, bukan kisah aku...aku baik tapi kisah kawanku dan minah kilang kekasihnya. Hihi.
"Li, hari ni aku nak bawa awek aku pi tempat tinggi sikit-lah. Kat tempat tinggi line clear tiada gangguan" kata kawanku Yazid mungkin ada perancangannya mahu membawa kekasihnya yang baru dia kenal tak sampai sehari ke tempat paling tinggi di Taman Rimba Templer.
"Ikut kau-lah Zid, aku tak masuk campur. Itu hal kau bukan aku" kataku kepada Yazid yang sememangnya aku tidak bersetuju dengan perancangannya. Aku tahu dia nak buat maksiat tu.
"Ala kau bawak-lah sekali Ain tu. Kalu boleh aku nak suruh kau cover line. Kalau ada orang yang memerhatikan nanti. Pleaselah bro...ini kali je" sambung Yazid merayu agar aku mengikut mereka dan menjadi peng'cover' line kerja maksiat mereka.
"Kau ni kan...kalau aku cakap kau bodoh kau marah, kalau ya pun kau nak beromen ke apa dengan si Tina bawaklah ke hotel ke atau paling 'cokia' pun motel-motel budget. Ini tak! Kat dalam hutan jugak kau nak buat. Aduhai! Kau ni kan Zid..." aku mulakan sesi tazkirah dalam hutan. Hu! Gerun jugak aku bayangkan TAZKIRAH DALAM HUTAN.
"Aik...baik punya cakap bro. Kau tu pun sama dua kali lima ngan aku. Jangan nak berlagak baik ok" bentak si Yazid.
"Lantak kau-lah Zid...kalau jadi apa-apa nanti jangan salahkan aku ok" kataku mematikan bicara.
Selang tak berapa ketika selepas kami mendaki tempat tertinggi di taman tersebut aku dengar si Yazid menjerit meminta pertolongan. Aku pun apa lagi bergegas ke tempat suaranya si Yazid meninggalkan Ain yang masih terpinga-pinga.
"Kau kenapa Zid...apa dah jadi?" soalku kepada Yazid yang masih tergamam tidak berbaju dan hanya berseluar kecil.
"Tak ada...tak ada apa-apa Li...jom kita balik. Nanti aku cerita kat kau bila kita sampai ke rumah" kata Yazid.
"Aik...kau yang beria-ia mengajak aku ke sini dan mendaki tempat paling tinggi kononnya dah ngajak aku balik. Ni apa kes bro?" soalku lagi. "Ni Tina mana? Tak nampak pun dari tadi"
"Ala biar-lah dia Li. Jom pi dapatkan Ain dan kita balik sekarang juga" bersungguh ajak si Yazid.
"Oi oi...kalau kok ya pun pakai-lah seluar dulu...takkan kau nak keluar dengan seluar kecil macam ni. Kau nak mampus!" herdikku.
Sampai je kat rumah aku pun apa lagi. Bertubi-tubi malah bertalu-talu soalan aku tanyakan kepada Yazid.
"Sampai hati kau Zid tinggalkan Tina dalam hutan macam tu sahaja, apa punya boyfriend-lah kau ni" bisingku kepada Yazid.
"Kau tahu tak Li...tengah baik punya beromen ngan si Tina tadi sampai ke tahap aku membuka seluar dia. Aduhai! ... ," termati pula cerita si Yazid kat situ.
"Hoi...habiskan-lah cerita kalau kok ya pun! Kau ni dah buat aku 'stim' tergantung ni" bentakku.
"Masa aku lihat seluar kecil si Tina dalam keadaan terang-terang samar ... aku lihat seluar kecil dia dan aku seakan sama. Ada benda terbonjol kat seluar kecil dia sama gak dengan terbonjolnya 'alat' di seluar kecil aku. Dia jantan-lah Li!" jerit si Yazid. Aku apa lagi tergelak besar-lah. Aduhai tak sangka sungguh dalam banyak-banyak minah kilang si Yazid tersangkut dengan minah kilang pondan. Aduhai.
Begitulah kisahnya dengan minah-minah kilang dahulu. Dalam cantik mata memandang dan dalam cantik iman tergoyang ada juga si dua alam di kalangan mereka. Kalu kita tidak berjaga-jaga maka akan terjadilah seperti apa yang berlaku kepada Yazid.
Kenangan mencuit jiwa hanya tinggal kenang-kenangan. Ain yang aku kasih pergi meninggalkan aku kerana menerima pinangan sepupunya dari kampung. Tinggal-lah aku bersendirian frust menonggeng tetapi tidak-lah se'frust' sekarang di mana kebanyakan kilang yang masih ada beroperasi hanya mengutamakan pekerja-pekerja import untuk menggantikan tempat minah-minah kilang sehingga-lah kini minah kilang telah menjadi satu lagenda yakni LAGENDA MINAH KILANG.
Sekian.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
08/07/2014.
NOSTALGIA MINAH KILANG
Sungguh cantik
jalan selonggok
berlenggang-lenggok
si jantan tengok
mata tercambuk
oh ... minah kilang.
Tersenyum simpul
di tepi jalan
bagai ke kantur
lagak gayanya
rupanya menunggu
oooh ... bas kilang.
Berbaju kurung
berwarna-warni
berfesyen-fesyen
berjubah doktor
pakai di luar
e-eh ... kerja di kilang.
Duduk asrama
berkawan-kawan
tiada halangan
tiada gangguan
pada ibu-bapa
a-ah ... katanya kerja kilang MOTOROLA.
Bila terkenang
tersenyum sorang
gelinya hati
pada si gadis kilang
mabuk kepayang
oh ... sungguh nostalgia
pukulan si minah kilang.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
08/07/2014.
RENUNGAN
'Allah akan sentiasa menguji hamba-hamba-Nya dengan ujian ketakwaan, keimanan, kesabaran, keislaman, kenafsuan dan juga lain-lainnya. Layakkah pula kita menjalankan kerja Allah dengan memuat-naikkan gambar-gambar yang pastinya menggoda nafsu manusia lain yang menatapnya di dalam bulan puasa ini'
Renung-renungkanlah.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
08/07/2014.
BICARA HATI
Jujur aku katakan di sini...telah bertahun lamanya aku ingatkan tak perlulah tag kepadaku gambar-gambar makanan dimasak tangan dan berkeringat sendiri atau dimasak dengan menggunakan hanya jari telunjuk, di waktu siang ataupun pada malam harinya.
Bukan tidak menghargai tetapi terkilan dan sedih apabila memikirkan, mengenangkan saudara-saudara kita yang tidak dapat merasai nikmat makanan sebegitu.
Sedangkan kita mewah nak apa sahaja kita mampu menyediakannya sambil itu kita menunjukkannya di halaman muka-buku.
Pernahkah kita terfikir apa yang kita tag dan pampangkan kepada seseorang rakan walau di malam hari sebelum atau selepas waktu berbuka akan terbawa keesokan harinya dan terpampang juga di waktu orang islam seperti kita sedang beribadah puasa. Mungkin di situ kita akan menjadi penyebab terbatalnya puasa seseorang yang tergoda melihat kelazatan hidangan kita, Allahua'lam.
Namun aku akur dengan kata seorang kawanku yang disampaikan pula seorang kawannya kepada dia:-
"Masing-masing ada hak terhadap dinding muka-bukunya sendiri tetapi adakah hak untuk mereka, menge'tag' gambar-gambar sebegitu kepada kawan-kawannya dengan sesuka hatinya dia"
p/s: Maaf seandainya salah aku bersuara sesudah 10 Ramadan menyapa.
Renungkanlah bicara kecil hatiku ini.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
08/07/2014.
TERLEBIH MAKAN
Wei! Diamlah
bising
toki nak tidur
kepala pusing
runsing
raya dah dekat
senak
Adam apa tahu
masuk bilik.
Hoi! Apa pompom
dah ... balik.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
07/07/2014.
Monday, 7 July 2014
AKU MAHU LIHAT DARAHKU 2
Pangpang
dah akan tersungkurlah aku ketika itu
di atas tanah - segenap arah
darah merah melimpah
membasah
membuak-buak dari tubuhku.
Aku mahu mendengar bunyi sebegitu
yang aku anggarkan sebagai bunyi senapang
bila ditarik picunya
bukan bangbang
bunyi pistol
tidaklah begitu hebat.
Ataupun damdamdum
bunyi mercun
sekadar kehilangan jari
walaupun terluka - berdarah
tidak kehilangan nyawa
seorang perjuang.
Sesia mak dengan ayah hantar ke sekolah.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
07/07/2014.
AKU MAHU LIHAT DARAHKU
Berdirilah aku di sudut biru
menanti bidikan mengena tubuhku
muncung senapang telah diarah
menanti masa tersembam ke tanah
biarlah ... ,
aku rela diratah
dijamah
dari terus dimamah seranah.
Tidak perlu diracuni aku
kerana aku mahu melihat darah merahku.
Tidak perlu ditutup mataku
aku mahu melihat wajah penembakku.
Tidak perlu dibelakangi aku
aku mahu melihat peluru itu mencecah tubuhku.
Kerana hanya kepada Allah
nyawaku, kuserah.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
07/07/2014.
Pergunungan rindu
Di pinggirmu arus sungai mengalir lesu
tubuh teguhmu disalut ribuan pohon teduh
aku yang lara dalam pendakian ini
ingin berlari ke puncak damaimu
menyentuh langit yang membiru
memeluk awan yang memutih
dinginmu menyentuh aku dengan rindu
kita pun bersapa mesra bergurau senda
bagai terlepas derita yang bersarang
rela aku sesat di pergunungan rindu ini
yang membiru tenggelam di mindaku.
cahaya laila
klang
7 july 2014
LAGU SANGSI
Empat tahun di puncak puisi
semakin aku percaya kini
skop luahan dari hati ke hati
tidak perlukan kekerasan tangan dan kaki
dijadikan kunci perjuangan peribadi
cukuplah kata-kata dari jari
mulut berkunci
berbicara di dalam nada sepi
namun tidak sunyi
tidak pula mati
sentiasa minda menari
mewarnai pelangi
untuk aku luahkan rasa benci
rasa sangsi di hati
seperti hari ini
ketika ini
kepada penguasa-penguasa gengsi
yang akan menggari
memberi dowry
kepada tangan-tangan pemberi
bersedekah kepada pengemis tidak berkaki
bergelandangan di kota sendiri
dengan seikhlas hati
dengan satu pertanyaan peribadi
tersendiri
berseni
mungkinkah tidak cukup lagi
wang perbendaharaan negara ini
ditarah - dicuri
untuk membayar hutang ketirisan kantung menteri.
Kutarikan lagu sangsi
di saat ini
ketika Ramadan mengungguli
pahala berganda kepada tangan memberi.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
07/07/2014.
Sunday, 6 July 2014
Terpalit Mengutip
Cebis-cebis diri
meniti titian waktu
menuju sang pencipta
mengutip bekalan amalan
selalunya terpalit hanyir lumpur.
Dalam sedar
pun dalam tak sedar
tertunduk pada nafsu
menggelincirkan langkah takwa
ke jurang kemurkaan.
Di bulan keampunan
mari tadah tangan
mohon disucikan
catatan amalan.
CNM, 6/7/14
pun dalam tak sedar
tertunduk pada nafsu
menggelincirkan langkah takwa
ke jurang kemurkaan.
Di bulan keampunan
mari tadah tangan
mohon disucikan
catatan amalan.
CNM, 6/7/14
TINGTONG
Aku tingtong
tangan bergari
kaki berantai
aku berdiam.
Aku tingtong
mata terbuka
mulut tertutup
aku terdiam.
Aku tingtong
tubuh menurut
kepala mengangguk
aku mendiam.
Akal menunggu tong berpetrol
baru hati tongtong.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
06/07/2014.
TALIBUN: TAHI ITIK
Berbuka dengan nasi itu makanan ruji,
ada juga yang mulakan berbuka dengan buah betik,
tidak ramai yang tahu khasiat tersaji,
kerana tidak ramai yang buat kaji selidik,
dalam bulan puasa nafsu makan akan sentiasa diuji,
ketahanan dan kesabaran selera seringkali dijentik.
Ramai dari kita memang suka dipuji,
tidak ramai pula dari kita yang suka dikritik,
bukalah hati dan tanamkanlah sifat yang terpuji,
usahlah jarum sengketa dibiarkan tersuntik,
dengki dan iri usah dibiarkan berbiji,
kelak nanti jiwa dan raga berbau tahi itik.
Makanan pelik-pelik
tahi ayam tahi itik
... aduhai, sedap tu!
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
06/07/2014.
BUDI BAHASA
Mulut manis bukan kerana santan bergula
mulut manis kerana lidah menutur bicara
ada ketika orang meluat, termuntah mendengarnya
ada kala orang faham kita harus melakukannya.
Dalam menjaga hati sesama kita
untuk menjaga muka sesama manusia
bukan berpura-pura penuh agenda
tapi berterima kasih pertolongan diterima.
Orang berbudi kita berbahasa
orang memberi kita merasa
dalam duniawi kita terima
dalam syurgawi kita bersama.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
06/07/2014.
BUNGA YANG TELAH PERGI
Puisi ini didedikasikan kepada Allahyarhamah Biduanita Dato Sharifah Aini
Bunga itu telah gugur ke pusara abadi
kembangnya menguncup dalam hangatnya nadi
tika gemersik harumanmu masih menebar
kelopakmu lerai dari ranting masa yang cemburu
terbang bersama merpati putih di lidah pagi
setelah laman ini berdekad menjadi milikmu.
Bunga itu telah gugur ke pusara abadi
kembangnya menguncup dalam hangatnya nadi
tika gemersik harumanmu masih menebar
kelopakmu lerai dari ranting masa yang cemburu
terbang bersama merpati putih di lidah pagi
setelah laman ini berdekad menjadi milikmu.
Biarpun suaramu mungkin retak di penjara
namun senyummu mendera pesona
merembas tubuh insafi hari ke pelabuhan tua
...tanpa sedu-sedan
engkau masih berdiri di garismu
tak mungkin akan dapat dipunggah
kerana datangnya adalah dari sejarah.
Bermanik dalam doa yang tiada akhir
juga dalam juraian pasrah dan reda
engkau tinggalkan sejarah yang tak akan berubah
untuk berhijrah ke tempat mula janjimu
lalu melepaskan cintamu
yang telah larut pada setiap jiwa
kerana fitrahmu
telah kembali menuntut haknya.
Qalam Bertinta
Klang
05072014
2353pm
namun senyummu mendera pesona
merembas tubuh insafi hari ke pelabuhan tua
...tanpa sedu-sedan
engkau masih berdiri di garismu
tak mungkin akan dapat dipunggah
kerana datangnya adalah dari sejarah.
Bermanik dalam doa yang tiada akhir
juga dalam juraian pasrah dan reda
engkau tinggalkan sejarah yang tak akan berubah
untuk berhijrah ke tempat mula janjimu
lalu melepaskan cintamu
yang telah larut pada setiap jiwa
kerana fitrahmu
telah kembali menuntut haknya.
Qalam Bertinta
Klang
05072014
2353pm
Saturday, 5 July 2014
BICARA HAMBA
Ikhlas di hati
bukan disebut
reda di jiwa
tidak di mulut
bisikan rindu
menyeru kalbu
celak di dahi
bukannya debu
ke masjid
jalan ibadah
berfesyen
diludah padah
melangkah
penuh berani
menyambut
panggilan Ilahi
kutenun
sawang lelabah
kucantum
menjadi jubah.
"Asal-kan ada" bicara hamba.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
05/07/2014.
SURAT UNTUK TUAN
Tuan,
bicara tuan
hanyalah tuan
tiada kami
di dalam tuan
tuan.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
05/07/2014.
BICARA PUISIKU
Semalam telah aku karyakan sebuah karya yang bertajuk IDOLA.
IDOLA
Aku bukan Chairil Anwar
walau agak sama ilham terbina
berkebolehan menulis secara terus
tanpa sekatan minda
membataskan ilham untuk berkata-kata
Namun aku dan Chairil Anwar
ada sedikit persamaannya
sama-sama memperjuangkan suara bahasa kami
di dalam karya bertitik sepontan
yang luar biasa dari kebiasaan.
Walaupun begitu aku akur
aku tidak akan pernah menjadi Chairil Anwar
mungkin aku akan jadi lebih baik dari dia
siapa tahu ... ,
kerana Allah yang punya rencana.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
04/07/2014.
Bukan bermaksud untuk aku berkata besar meletakkan diriku sebaris atau sebagus Chairil Anwar. Rasanya tak akan pernah aku menjadi sebagus dirinya. Tetapi Alhamdulillah sebagai seorang pengkarya kita haruslah menanam cita-cita untuk memartabatkan karya kita dan diri kita sebaris dengan penyair-penyair atau sasterawan-sasterawan tersohor yang sedia ada. Di sinilah lahirnya motivasi untuk mendidik kita menjadi lebih bersedia dan bersaing secara positif dan mengajar diri kita agar jangan mudah berputus asa.
Sebenar-benarnya, ibukunci kepada karyaku itu adalah AKU...AKU adalah AKU...yang membawa maksud usahlah kita menjadi orang lain selain diri kita sendiri. Di sini aku ambil karya bertajuk AKU dari Chairil untuk aku menciptakan pula suara di dalam karyaku.
Mari kita lihat dan baca serta dengarkan suara Chairil Anwar di dalam karyanya ini.
Aku
Pengarang: Chairil Anwar
Kalau sampai waktuku
‘Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi
Maret 1943
Sekian, selamat maju jaya dan salam memartabatkan sastera dunia demi negara.
IDOLA
Aku bukan Chairil Anwar
walau agak sama ilham terbina
berkebolehan menulis secara terus
tanpa sekatan minda
membataskan ilham untuk berkata-kata
Namun aku dan Chairil Anwar
ada sedikit persamaannya
sama-sama memperjuangkan suara bahasa kami
di dalam karya bertitik sepontan
yang luar biasa dari kebiasaan.
Walaupun begitu aku akur
aku tidak akan pernah menjadi Chairil Anwar
mungkin aku akan jadi lebih baik dari dia
siapa tahu ... ,
kerana Allah yang punya rencana.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
04/07/2014.
Bukan bermaksud untuk aku berkata besar meletakkan diriku sebaris atau sebagus Chairil Anwar. Rasanya tak akan pernah aku menjadi sebagus dirinya. Tetapi Alhamdulillah sebagai seorang pengkarya kita haruslah menanam cita-cita untuk memartabatkan karya kita dan diri kita sebaris dengan penyair-penyair atau sasterawan-sasterawan tersohor yang sedia ada. Di sinilah lahirnya motivasi untuk mendidik kita menjadi lebih bersedia dan bersaing secara positif dan mengajar diri kita agar jangan mudah berputus asa.
Sebenar-benarnya, ibukunci kepada karyaku itu adalah AKU...AKU adalah AKU...yang membawa maksud usahlah kita menjadi orang lain selain diri kita sendiri. Di sini aku ambil karya bertajuk AKU dari Chairil untuk aku menciptakan pula suara di dalam karyaku.
Mari kita lihat dan baca serta dengarkan suara Chairil Anwar di dalam karyanya ini.
Aku
Pengarang: Chairil Anwar
Kalau sampai waktuku
‘Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi
Maret 1943
Sekian, selamat maju jaya dan salam memartabatkan sastera dunia demi negara.
SERAGA RESAH SETITIS RINDU
Waktu ini kita simpan nafas rasa
pada bayang-bayang panjang
biarkan hatiku mengusap rahsia dadamu
agar terjaga rinduku di bumi waktu
menyula hayat dalam kehendak
pada malam resah dibahang mentari.
Rindu itu kutahu ertinya
mataku bermandi di merahnya senja
dan pada hari-hari yang lewat
aku menuntun kepercayaan yang samar
berhenti di bayangan embun yang berkembang
lalu hanyut perlahan dan perlahan.
Aku tidak minta diabadikan
pada nafas sesak atau rindu kasih
atau memagar malam terentang membenih mimpi
untuk kusimpulkan songsang menjadi bunga waktu
lalu mengheret pergi kepercayaan terpendam
di antara seraga resah dan setitis rindu.
Qalam Bertinta
Klang
05072014
0101am
mataku bermandi di merahnya senja
dan pada hari-hari yang lewat
aku menuntun kepercayaan yang samar
berhenti di bayangan embun yang berkembang
lalu hanyut perlahan dan perlahan.
Aku tidak minta diabadikan
pada nafas sesak atau rindu kasih
atau memagar malam terentang membenih mimpi
untuk kusimpulkan songsang menjadi bunga waktu
lalu mengheret pergi kepercayaan terpendam
di antara seraga resah dan setitis rindu.
Qalam Bertinta
Klang
05072014
0101am
Friday, 4 July 2014
Di antara tidur dan jaga.
Di pembaringan sambil melayan mata menunggu terlelap, aku terkenangkan anak OKU yang ditinggal ibu hati digigit sedih terbayang bagaimana kalau itu anakku, na’udzubilahiminzaliq itu yang aku ucapkan dalam hatiku, ibu tidak akan melakukan itu padamu anak-anakku kalian adalah permata hatiku walau apa pun alasan atau musibah menimpa anak-anak tetap bersamaku.
Hati menjadi sayu bila teringat tentang penganiayaan. Mengapa harus ada penganiayaan, menganiaya binatang pun tidak tergamak rasanya inikan pula manusia,di pembaringan ini aku terfikir bagaimanalah agaknya perasaan seseorang bila menganiaya orang lain adakah bahagia, gembira berasa kuat atau berasa sangat istimewa lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini. Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami.
Melayan
perasaan sebelum tidur, semoga Allah ampunkan semua dosa-dosa mereka
takutlah dengan pembalasanNya janganlah menganggap kisah-kisah dalam
Al-Quran itu hanya kisah dongeng, sehingga ada yang tergamak berkata dia
akan tanggung dosanya sendiri…Astaqfirullahal’azim.
Kadang-kadang menunggu mata terpejam berbagai kisah menghampiri tidak ketinggalan juga yang seram, saat beginilah aku mengambil sedikit sebanyak iktibar dari bermacam kisah di sekeliling hidupku. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. Semoga Allah sentiasa memelihara aku dan keluarga dari melakukan perkara yang buruk lagi menyesatkan….Aminnn.
Aku pun dibuai mimpi.
Cahaya Laila
4 july 2014
Klang.
Kadang-kadang menunggu mata terpejam berbagai kisah menghampiri tidak ketinggalan juga yang seram, saat beginilah aku mengambil sedikit sebanyak iktibar dari bermacam kisah di sekeliling hidupku. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. Semoga Allah sentiasa memelihara aku dan keluarga dari melakukan perkara yang buruk lagi menyesatkan….Aminnn.
Aku pun dibuai mimpi.
Cahaya Laila
4 july 2014
Klang.
RENUNGAN
"Pentingnya penjagaan tatabahasa di dalam sesebuah karya boleh kita ibaratkan dengan penulisan keterangan yang tertulis di atas setiap barangan yang dijual di kedai runcit termasuk tarikh luputnya"
Cuba renung sejenak!
Kalau tidak jelas penulisan di atas barangan tersebut atau terlalu disingkatkan penulisan sehingga kita tidak faham satu habuk pun tentang barangan tersebut dan tidak terbaca tarikh luputnya, adakah mahu kita membeli barangan itu?...begitulah kiasannya tentang pentingnya penjagaan tatabahasa di dalam sesebuah karya.
Renung-renungkanlah.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
04/07/2014.
IDOLA
Aku bukan Chairil Anwar
walau agak sama ilham terbina
berkebolehan menulis secara terus
tanpa sekatan minda
membataskan ilham untuk berkata-kata
Namun aku dan Chairil Anwar
ada sedikit persamaannya
sama-sama memperjuangkan suara bahasa kami
di dalam karya bertitik sepontan
yang luar biasa dari kebiasaan.
Walaupun begitu aku akur
aku tidak akan pernah menjadi Chairil Anwar
mungkin aku akan jadi lebih baik dari dia
siapa tahu ... ,
kerana Allah yang punya rencana.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
04/07/2014.
RENUNGAN
"Pentingnya tajuk dalam sesebuah karya adalah boleh disamakan dengan barangan runcit dengan jenamanya. Semakin menarik jenamanya semakin tertarik ingin kita NIKMATI isi di dalamnya"
Cuba kita fikir sejenak! Terbelikah kita barangan runcit yang tiada jenama? Begitulah kias pentingnya tajuk di dalam sesebuah karya.
Fikir-fikirkanlah.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
04/07/2014.
RAPUH
Terang kelam
biduk cahaya
dipugar ranting hari
rapuh di dahan hati
sesat dalam hakiki.
Sandiwara dan nyata
bertaut merebut waktu
mengejar puncak diri
pada anganan kosong
jiwa jadi debu
bertebaran di ruang gelap.
Di sela percaya dan mungkir
cemburu yang memandu
darjat petualang diangkat
menyongsang syariat
mengundang keparat.
Qalam Bertinta
Klang
04072014
0459am
bertaut merebut waktu
mengejar puncak diri
pada anganan kosong
jiwa jadi debu
bertebaran di ruang gelap.
Di sela percaya dan mungkir
cemburu yang memandu
darjat petualang diangkat
menyongsang syariat
mengundang keparat.
Qalam Bertinta
Klang
04072014
0459am
TARIK-TARIK FIKIR
Kulihat matahari
di pagi hari
terasa dekat
namun jauh
bahang menyentuh
kekulit lusuh.
Begitu juga dengan musuh
dapat kulihat
amat dekat
namun hakikat
mereka jauh
di sebalik layar sesentuh.
Dari itu adalah terlebih baik
dibiarkan sahaja, mereka; si musuh
berangkara cemuh
tidak perlu kita berpeluh
buat sahaja acuh tak acuh
beri masa, luka akan sembuh.
Berbuat baik sesama kita
di alam nyata - di alam maya
biar kita berperangai senonoh
bersengketa; kan makruh.
Dalam ribut membawa runtuh
satu ketika hujan-kan reda
cendawan pula akan tumbuh
anai-anai tumpang teduh.
Fikiran panjang membawa matang.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
04/07/2014.
Thursday, 3 July 2014
PUISIKAN BAIT KATA SUARAMU
Bangunlah dari kota seteru
bukakanlah pintu
goyangkan bahu dan sendimu
renggangkan otot yang tersipu malu
ayuh kita duduk sebangku.
Lihatlah bulan berwarna ungu
seakan mengejek engkau, kamu dan aku
menjelirkan warna keladi dungu
di lidah penipu
semuanya itu hanyalah semu-palsu.
Jejakkan tapak kakimu
kekudanya biar tegap menusuk perdu
hiruplah aroma cendana dan gaharu
bukan terawang di mega kelabu
realitinya tetap palsu.
Orang dah lama ke hulu
engkau masih di tepian celaru
menyinsing kain nampak betismu
itu hanya sekejapan waktu
gah pada nama yang semakin layu.
Puisikan bait kata suaramu
bukan menerkam sambil menggeru.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
03/07/2014.
YANG PAHIT PASTI ENAK DIMINUM BERSAMA
Kenapa harus
bersengketa, bertelagah sesama
di bawah pohon bahasa
tidakkah pohon itu berguna
untuk diguna bersama
bukan kayu pengukur
kata durjana.
Hentikanlah ia ... ,
pohon yang diguna kita semua
terasnya sama
usah dicari lubang berengga
tiada keuntungannya
hanya menjadi bahan tertawa
si dubuk tua.
Peganglah bersama
pohon itu ada hikmahnya
untuk akal berkata
berimaginasi berbahasa
keindahan cipta
di bawah teras perpaduan
matang.
Kopi tahi musang enak diminum bersama
tetapi pahit bila diminum seorang.
"Mai secawan"
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
03/07/2014.
Subscribe to:
Posts (Atom)