Sunday, 6 July 2014

TALIBUN: TAHI ITIK


Berbuka dengan nasi itu makanan ruji,
ada juga yang mulakan berbuka dengan buah betik,
tidak ramai yang tahu khasiat tersaji,
kerana tidak ramai yang buat kaji selidik,
dalam bulan puasa nafsu makan akan sentiasa diuji,
ketahanan dan kesabaran selera seringkali dijentik.
Ramai dari kita memang suka dipuji,
tidak ramai pula dari kita yang suka dikritik,
bukalah hati dan tanamkanlah sifat yang terpuji,
usahlah jarum sengketa dibiarkan tersuntik,
dengki dan iri usah dibiarkan berbiji,
kelak nanti jiwa dan raga berbau tahi itik.

Makanan pelik-pelik
tahi ayam tahi itik

... aduhai, sedap tu!

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
06/07/2014.

No comments:

Post a Comment