koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 13 July 2014
CENDAWAN DARI AIR MATA
Mujahidin ibarat cendawan
tumbuh selepas hujan
seandainya hari ini ditakdirkan
seorang mujahidin gugur di perbatasan
syahid kerana Islam diperjuangkan
tercabut dari akar keduniaan
hari esok akan tumbuh pengganti
bercambah tidak terperi
gandanya menjadi berkali-kali
berkekuatan akar terpasak ke bumi
bukanlah satu ilusi
bukan pula satu imaginasi
selepas tangisan - ratapan suci
terbit dari kolah hati insani
berair mata benci.
Dikau akan melihatnya wahai yahudi.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
13/07/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment