koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 17 July 2014
PERIGI BAHASA
Kukaburkan segala bicara
terselindung halus di sebalik tinta
dan kusandarkan sebuah tanda tanya
usah terbiar tanpa diteroka.
Kukatakan kepada semua
di sebalik tinta permainan kata
di dalam seru ada makna
galilah perigi keluarkanlah bahasa.
Biar mengalir hilangkan dahaga
di pagi buta panas tiada
talinya timba sehasta cuma
mampu mencedok air telaga.
Pecahkan akal pukullah minda.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
17/07/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment