koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 15 July 2014
BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH
Kata Jurulatih:
Dalam padang bola
pemain perlu guna akal
pandai cari peluang
pandai cari ruang
kerjasama sepasukan itu perlu
bolasepak bukannya permainan individu
pertahanan harus kental
penyerang harus licik
di saat ada ruang
di situlah peluang terhidang
penyudah mestilah tajam.
Itulah saat kemenangan pasukan.
Kata Juruletih:
Dalam situasi Gaza
kita harus menggunakan akal
nak berperang tiada ruang
nak berparang tidak dibuka peluang
kerjasama dari semua itu perlu
memboikot bukannya kerja individu
pertahankan maruah agama
kita serang dengan kelicikan boikot perdana
gunakan peluang terhidang
gunakan ruang yang terbuka sekarang
boikot mencapai perpaduan.
Itulah saat yahudi takutkan.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
15/07/2014.
SALAM NUZUL AL-QURAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment