koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 3 July 2014
PUISIKAN BAIT KATA SUARAMU
Bangunlah dari kota seteru
bukakanlah pintu
goyangkan bahu dan sendimu
renggangkan otot yang tersipu malu
ayuh kita duduk sebangku.
Lihatlah bulan berwarna ungu
seakan mengejek engkau, kamu dan aku
menjelirkan warna keladi dungu
di lidah penipu
semuanya itu hanyalah semu-palsu.
Jejakkan tapak kakimu
kekudanya biar tegap menusuk perdu
hiruplah aroma cendana dan gaharu
bukan terawang di mega kelabu
realitinya tetap palsu.
Orang dah lama ke hulu
engkau masih di tepian celaru
menyinsing kain nampak betismu
itu hanya sekejapan waktu
gah pada nama yang semakin layu.
Puisikan bait kata suaramu
bukan menerkam sambil menggeru.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
03/07/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment