koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 7 July 2014
AKU MAHU LIHAT DARAHKU
Berdirilah aku di sudut biru
menanti bidikan mengena tubuhku
muncung senapang telah diarah
menanti masa tersembam ke tanah
biarlah ... ,
aku rela diratah
dijamah
dari terus dimamah seranah.
Tidak perlu diracuni aku
kerana aku mahu melihat darah merahku.
Tidak perlu ditutup mataku
aku mahu melihat wajah penembakku.
Tidak perlu dibelakangi aku
aku mahu melihat peluru itu mencecah tubuhku.
Kerana hanya kepada Allah
nyawaku, kuserah.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
07/07/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment