koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 4 July 2014
IDOLA
Aku bukan Chairil Anwar
walau agak sama ilham terbina
berkebolehan menulis secara terus
tanpa sekatan minda
membataskan ilham untuk berkata-kata
Namun aku dan Chairil Anwar
ada sedikit persamaannya
sama-sama memperjuangkan suara bahasa kami
di dalam karya bertitik sepontan
yang luar biasa dari kebiasaan.
Walaupun begitu aku akur
aku tidak akan pernah menjadi Chairil Anwar
mungkin aku akan jadi lebih baik dari dia
siapa tahu ... ,
kerana Allah yang punya rencana.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
04/07/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment