koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 8 July 2014
BICARA HATI
Jujur aku katakan di sini...telah bertahun lamanya aku ingatkan tak perlulah tag kepadaku gambar-gambar makanan dimasak tangan dan berkeringat sendiri atau dimasak dengan menggunakan hanya jari telunjuk, di waktu siang ataupun pada malam harinya.
Bukan tidak menghargai tetapi terkilan dan sedih apabila memikirkan, mengenangkan saudara-saudara kita yang tidak dapat merasai nikmat makanan sebegitu.
Sedangkan kita mewah nak apa sahaja kita mampu menyediakannya sambil itu kita menunjukkannya di halaman muka-buku.
Pernahkah kita terfikir apa yang kita tag dan pampangkan kepada seseorang rakan walau di malam hari sebelum atau selepas waktu berbuka akan terbawa keesokan harinya dan terpampang juga di waktu orang islam seperti kita sedang beribadah puasa. Mungkin di situ kita akan menjadi penyebab terbatalnya puasa seseorang yang tergoda melihat kelazatan hidangan kita, Allahua'lam.
Namun aku akur dengan kata seorang kawanku yang disampaikan pula seorang kawannya kepada dia:-
"Masing-masing ada hak terhadap dinding muka-bukunya sendiri tetapi adakah hak untuk mereka, menge'tag' gambar-gambar sebegitu kepada kawan-kawannya dengan sesuka hatinya dia"
p/s: Maaf seandainya salah aku bersuara sesudah 10 Ramadan menyapa.
Renungkanlah bicara kecil hatiku ini.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
08/07/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment