koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 18 July 2014
KONSPIRASI DAJJAL
Baling batu sorok tangan
jubur terkentut bermuka selamba
sambil menyelam menelan air
tuding jari melaga kepala
kesempatan diambil situasi semasa.
Al-fatihah buatmu MH17
tangisan kami tiada bernada
kepada kamu; kami nobatkan sebagai juara bangsa
gugur kamu; kami kalungi bunga negara
terkorban kamu membuka mata dunia.
Sudah terbukti kegerunan mereka
ngauman kita menggetarkan setiap limpa
pengorbanan kamu tidak sesekali dipersia
malah akan kami jadikannya senjata
untuk merobekkan lagi ego Dajjal celaka.
Kepadamu MH17 ingatan kami warta
kehilangan kamu; kami berduka
terkorban kamu bukan alasan kami meletak senjata
kepada pemimpin negara aku menyeru kata
jangan sesekali berhenti bersuara.
Agi idup agi ngelaban
sumpah rakyat yang sanggup berkorban
rela kami usah dipersoalkan
inilah jihad untuk negara kesayangan
bersatu kami berpimpin tangan.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
18/07/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment