Wednesday, 9 July 2014

RENUNGAN


     Semalam ada yang bertanya antara dosa riak kecil dan dosa tidak menutup aurat(berjilbab) mana yang lebih utama untuk kita jaga?
     Kena faham ya...dosa riak kecil ini adalah yang kita tidak sedari yakni dosa kita kepada Allah dan manusia yang kita telah sakiti hati dengan menunjuk-nunjuk kelebihan kita tanpa kita sedari. Manakala dosa tidak menutup aurat pula adalah dosa kita kepada Allah dan tidak menyentuh manusia yang lainnya.
     Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang sedangkan manusia susah hendak memaafkan apatah lagi mengampunkan dosa sesama manusia apatah lagi dosa riak yang kita sendiri tidak sedari.

     'Ketahuilah bahawa sifat-sifat seperti hasad dengki, sombong, takbur, mengumpat, riak dan membuat fitnah adalah seburuk-buruk dan sehina-hina sifat.  Sifat ini sangat-sangat dibenci oleh Allah SWT.  Jika kita mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba di antara kawan, keluarga, sudah pasti akan menjadi kucar kacil dan huru hara hubungan di antara manusia.  Sifat-sifat ini tidak dipandang ringan oleh agama kita Islam.  Ia dikategorikan sebagai dosa-dosa besar kerana perlakuan sedemian umpama membunuh rakan atau saudara sendiri'

Firman Allah SWT dalam surah “al-Baqarah” – ayat 191 yang bermaksud:

    “….. dan perbuatan fitnah itu lebih dasyat kesannya dari perbuatan membunuh …..”


    “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhkan buruk sangka, kerana buruk sangka itu setengah daripada dosa besar, janganlah kamu mengintai dan janganlah kamu mencerca serta mengumpat, setengah kamu akan setengah lain.  Apakah kamu suka memakan daging saudara kamu yang telah mati?  Nescaya kamu takut kepada Allah bahawasanya Allah itu Penerima taubat”.

    (Surah “al-Hujurat: Ayat 12)

Allahua'lam.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
09/07/2014.

No comments:

Post a Comment