Pernah satu ketika
pintu hatiku terbuka semula
menerima masuk keindahan cinta
yang selama ini telah kematian nafsu sesama manusia
berkasih dan bersayang-sayang seterusnya bercinta
sehinggakan aku pernah juga berura-ura
untuk bersatu denganmu dalam satu ikatan rumahtangga
berijabkabulkan setia dengan kamu gadisku yang amat aku cinta
ada juga sesekali aku terbayangkan satu suasana
bahagia terasa gembira bercerita
akan dirimu bergaya
dengan gaun mengandung yang beropol di dada
beribenkan merah muda
sambil menanti kehadiran cahayamata
cahayamata kita bersama
kerana itu yang kamu pinta andai kita dapat bersama
syarat-syarat pintaanmu seandainya
kita bersatu dan inginkan bahagia sentiasa
anak-anak hasil dari cinta kita berdua
yang akan mengukuhkan lagi kasih sayang kita selama-lamanya
tanpa membuang masa
kamu mahukan semuanya segera
tapi kini semuanya
hanyalah kenangan terindah sahaja
segala yang aku rencana
hilang dibawa angin bayu yang bergelora
kau dan aku terpisah tidak akan bersatu sampai bila-bila
hanya yang tinggal kini kenangan cinta semusim kita
kenangan cinta Zaliedah yang dicemburui semua
teman-teman dan juga saudara.
Aku pasrah dalam keterpaksaan menerimanya
kerana jodoh, pertemuan, ajal dan maut bukan di tangan kita
tapi milikNya
milik Allah yang Maha Pencipta.
Aku redha.
ss/spl/pm ...8/6/2012.
No comments:
Post a Comment