Friday, 8 June 2012

MARTABATKAN JANGAN DIMARTABAKKAN


Maaf
andai karyaku amat menjengkelkan
andai karyaku amat menjelekkan
tiada istilah kasta dalam peradaban penulisan
tiada istilah peperangan di dalam memartabat bidang kepuisian
pandanglah keindahan penciptaan
pandanglah keindahan dalam bahasa kemegahan
dalam puisi ada berlapisan
dalam puisi ada maksud yang bersuratan
terkadang tegang tapi selebihnya berkecindan
janganlah timbul sengketa di hati berpersahabatan
muhasabahlah diri cubalah buka ruang fikiran
jangan disempitkan akal dan minda yang beruangan
bukalah minda kecapilah keindahan
marilah kita bersama martabatkan bahasa kebanggaan
marilah kita martabatkanlah sastera demi peradaban
janganlah pula kita ... ,
janganlah kita!
Jangan kita sesekali ... ,
mengonarkan serta selewengkan keindahan maksud yang cuba disampaikan.

ss/spl/pm ... 8/6/2012.

No comments:

Post a Comment