Usah kaulinangkan
airmatamu itu
demi kerana aku
seorang insan yang hina
yang pernah engkau hinakan!
... demi kerana aku seorang pemuja
ya! ... aku seorang pemuja!!.
Yang memuja dirimu -
yang memuja
dan mengimpikan
belaian kasih dan sayangmu,
yang engkau pandang jelek ... berengsek
di pandangan matamu,
yang engkau nista
dengan pelbagai kata makian
dan cacian penuh kehinaan - seumpamanya aku
tiada berperasaan
diperlakukan semahu-mahu hatimu.
Kini - hapuskanlah airmatamu itu
kerana aku tidak rela
menakung dan mengempangkan
airmata yang berjujuran
bak air terjun yang jatuhnya
dari lembah kepalsuan.
Maafkanlah aku ... insan yang pernah engkau hinakan.
ss/spl/pm ... 20/7/2012.
No comments:
Post a Comment