'Penat berjalan di tengah kota'
:Penat sungguh berjalan
ketika menghantar anak ke sekolah
dalam pengajaran hidup seorang perjalan kaki
supaya kencingnya jangan berlari
makan jangan pula berdiri
hidup perlu berdikari
bukan hanya makan mi segera perisa kari.
'Mencari teman bukannya mudah'
:Bukan mudah
nak cari teman yang sama
berjalan kaki ke sekolah;
ada bas ada lori
naik bas lebih baik dari jalan kaki
ada gak mak bapak yang hantar setiap hari
paling kuat pun naik motor
secara 'curicuri'.
'Kalau kita tak tahu - caranya, hidup ...kan terpedaya'
:Ahh! ... sendiri mahu ingatlah
penat lagi ni
tercungap - semput setengah mati
lama sangat tak 'excercise'
perut membuncit tak pernah nak mengempis - s 'size'
hik hik hik.
ss/spl/pm ... 10/7/2012.
No comments:
Post a Comment