Akan kututup
lewat pintu gua di hatiku ini
untuk selama-lamanya;
selagi hayat dikandung badan
selagi nyawa menjadi taruhan - bergelandangan
tidak akan pernah kubukakannya lagi
selama-lamanya akan terkunci
dan akan aku buang kuncinya ini
buat menyepikan diriku ini
di sini ... di pintu lautku yang sepi ini
bersendirian dan bersembunyi
dari ombak gelisah
yang akan membadai resah
di pantai hatiku ini
biarkanlah aku begini - di sini
kerana aku ingin, bersendirian - di sini.
Pelaut Malang ingin bersendiri.
No comments:
Post a Comment