koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 8 July 2012
KELOPAK BUNGA YANG MEKAR
Semekarnya kasih dan sayangku
terhadapmu yang aku panggil isteri
yang selalu bersama denganku
di dalam susahku
di dalam senangnya aku
engkau tetap
dan sentiasa berada di sisiku
membelai aku
dengan sepenuh kasih dan sayangmu
memanjakan aku
dengan sepenuhnya kesabaranmu
mengasihi aku
dengan sepenuh ketaatanmu.
Dan kini isteriku
kau menghormati aku
dengan cinta
di hatimu
dan kasih sayang
di jiwamu.
Terima kasih sayangku
syurgaku, rumahtanggaku.
ss/spl/pm ... 8/7/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment