Kupotretkan sunyiku ini
menjadi sebuah puisi ilusi
tentang kesunyian diri
yang aku lakarkan
menggunakan tinta hati
seumpama
kesunyian seorang idola
yang menjadi pujaan
namun kesunyian menghantui diri.
Seperti Bill Gates
yang sunyi di tahta kejayaan
sehinggakan
sorang pun tidak tahu
malah tidak mengetahui tentang keluarganya
atau pun seperti mendiang Elvis Presley
yang sunyi di tangga populariti
ke mana sahaja
gelagatnya sentiasa diperhati
namun di hati, mereka sunyi.
Begitulah yang aku rasa ketika ini
namun tidak seperti mereka - tidak seumpama mereka
tidak seperti kesunyian di hati mereka
aku sunyi - kerana tiada teman
yang menemani aku di kerusi ini
di tepi pantai - di waktu senja ini.
Aku sunyi.
ss/spl/pm ... 11/7/2012.
No comments:
Post a Comment