Perlukah aku
teruskan
perjalanan aku ini
menuju ke destinasi
yang aku sendiri
tidak pasti
yang aku sendiri
tidak tahu
apa yang aku cari
apa yang akan
aku temui
kerana aku sendiri
terbelengu
di dalam aksara yang membeku
bait-baitku lesu
bersama jambangan bunga - layu
yang semakin pudar warnanya
semakin hilang aromanya
ditelan kejahilan
dan kesempitan waktu.
Perkelanaan aku
semakin menuju sempadan waktu.
ss/spl/pm ... 10/7/2012.
No comments:
Post a Comment