Kelopak mawar itu berdarah
semerahnya darahku
yang mengalir laju
kerana kerinduanku terhadapmu.
Mungkin juga engkau tidak tahu
atau mungkin juga? ... ,
engkau tidak mahu ambil tahu
kerana ianya bagimu!
Ianya hanyalah sebagai peneman di pinggiran waktu
dan bila ianya layu
akan terbiarlah kuntuman mawar itu
terkulai
tiada berharga di hatimu.
Kuntuman mawar berdarah
yang pernah kusiramkan dengan darahku
terkulailah ia
seumpama cintaku yang terkulai, layu.
ss/spl/pm ... 6 7/2012.
No comments:
Post a Comment