Monday, 2 July 2012

SUBUH TADI


Aku kaku, kematian diri
menggigil di hadapan pintu rumah
sambil mengkiamkan tanganku
disapa bayu pagi
bersamanya olesan sang embun pagi
dan kabut tebal menyelimuti
kedinginan hatiku yang sebal; mati
membelai kebebalan jiwaku yang bebal; mimpi
dek keasyikan metos dewi dan bidadari
peri dan ilusi
di alam mimpi mereka berperi
walau hakikatnya
aku tahu
bahawa mereka
hanyalah sekadar peri di alam mimpi
ilusi fantasi bukan realiti.

Ahh! Ngerinya fantasi mimpiku ... subuh tadi.

ss/spl/pm 2/7/2012.

No comments:

Post a Comment