koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 14 July 2012
AKU BUKAN MENZALIMIMU
Tak perlulah merayu
andai tak dapat menembusi dindingku
kerana tiada apa di situ
tiada kata cinta atau bingkisan rindu
dari gadis lainnya setelah kamu
tiada apa-apa di situ
melainkan bahasa kaku
kerana setelah engkau pergi dariku
setelah engkau tidak memerlukan aku
tiada kubuka lagi dindingku
untuk dirimu
untuk gadis-gadis lainnya setelah kamu
untuk melakarkan kata cinta di dindingku
dan bukannya aku menzalimi dirimu
itulah yang engkau pinta dariku
perpisahan yang telah ditentukan kehendakmu.
Maafkan aku ... aku bukan seperti dahulu.
ss/spl/pm ... 13/7/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment